Penggemar Char Koay Teow pasti memiliki ‘standard’ tersendiri untuk nikmati hidangan lazat tersebut. Char Koay Teow cukup dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia dan pelbagai variasi Char Koay Teow boleh ditemui di setiap pelusuk negeri.

Terbaharu, perkongsian gambar Char Koay Teow oleh pengguna Twitter @Twt_Cyberjaya mendapat perhatian netizen. Mana tidaknya, Char Koay Teow tersebut dibanjiri dengan kuah.

Bagi anda yang tidak tahu, menu yang popular di Pulau Pinang itu unik kerana ketika ia digoreng, api akan menjulang tinggi. Char Koay Teow memiliki kombinasi rasa yang pasti buat anda ketagih kerana gabungan kicap istimewa digoreng sehingga kering dan pekat adalah keistimewaan menu tersebut.

Oleh itu, pekongsian gambar Char Koay Teow yang banjir dengan kuah membuatkan netizen berdebat. Para netizen menegaskan bahawa ia bukanlah Char Koay Teow kerana ia tidak seharusnya dimasak seperti itu.

Malah, ada juga netizen yang tidak kisah sama ada Char Koay Teow dimasak kering atau basah. Ini kerana, lain tempat lain cara masak dan apa yang penting sedap atau tidak.

https://twitter.com/Hesheyzedai/status/1319297174316871680

Bagi anda penggemar Char Koay Teow, anda suka dimasak kering atau basah? Berikan pendapat anda akan perkara ini. Secara personal, rasa untuk Char Koay Teow asli iaitu kering dan pekat lebih ‘kick’ deria rasa berbanding banjir dengan kuah. Apa pun ia terpulang pada deria rasa anda.

Pernahkah anda mencuba Char Koay Teow ‘legend’ di Pulau Pinang ini? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Tiada Lagi Char Koay Teow ‘Legend’ Di Jalan Siam Selepas Ini

Gara-Gara Keliru Antara Rendang Daging Dengan Kari, Netizen Malaysia Serang Twitter CNN

Kerana ‘Malaysian Rendang’ Laman Twitter Tottenham Hotspurs Diserang Peminat Indonesia