Robert Pattinson sudah secara rasmi akan memegang watak Bruce Wayne untuk filem terbaru Batman. Dalam satu perkembangan terbaru, filem Batman ini bakal dikembangkan menjadi siri trilogi dengan filem pertama akan berada di pawagam pada 2021.

Menurut sumber Warner Bros, ketiga-tiga filem berkenaan akan menampilkan Pattinson dan Matt Reeves sebagai pengarah. Tiada info lanjut berkenaan watak lain yang akan muncul dalam trilogi Matt Reeves dan Pattinson pada ketika ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Filem Joker karya Todd Phillips pula akan berada di pawagam pada October 2019. Ini adalah masa terbaik untuk menggandingkan Pattinson dan Joaquin Pheonix sekiranya Warner Bros mempunyai perancangan untuk menghasilkan karya persis trilogi Batman oleh Christopher Nolan.

https://www.youtube.com/watch?v=-_DJEzZk2pc

Harapnya impian peminat untuk melihat gandingan Batman & Joker serba baharu dapat dilaksanakan pihak Warner Bros. Anda berminat dengan idea Robert Pattinson x Joaquin Pheonix ini?

Sumber