Dikenali sebagai ‘Sea Stack’, ianya merupakan batu ikonik di Taman Negara Bako yang menjadi tarikan pengunjung di sana dan boleh dianggap sebagai salah satu khazanah geologi negara.
Baru-baru ini dilaporkan bahawa batu ikonik yang seakan-akan ular itu telah runtuh dan punca runtuhan dipercayai berlaku disebabkan ombak besar.
Baca Juga:
- Percutian Singkat Ke Sarawak, Ini 6 Tempat Wajib Singgah Di Kuching Pada Hujung Minggu
- Terkesan Dengan Hakisan, Tarikan Ikonik Elephant Trunk Rock Di Taiwan Runtuh
- ‘Langsung Tak Ada Apa’ – Lelaki Ini Luah Rasa Marah Dikenakan Caj RM5 Sekepala Memasuki Pantai Trombol, Sarawak
Susulan itu, orang ramai yang pernah berkunjung ke Taman Negara Bako berkongsi kesedihan mereka apabila salah satu batu itu telah runtuh.
@eltv39 Capture everything😭😭 sik sgka sea stack sikda gik. Nasib smpt ngga depan-depan 🫠☹️ #bakonationalpark #seastack #bako
@zulfikarzulejohn #CapCut Bye2 Sea Stack, Sea stack adalah satu mercu tanda pada Taman Negara Bako, sekarang ianya jatuh kerana hakisan ombak Dan angin.. Seluruh dunia mengenali ikon ini. #fyp #seastackisgone
♬ original sound – Mohd Zulfikar Zulfik – Mohd Zulfikar Zulfik
@suztravelogue Sea stack, batu berbentuk kepala ular tedung yang menjadi mercu tanda utama Taman Negara Bako.#hiking #bajusukan #bajusenam #hikingadventures #kuching #sarawak #hikingsarawak #bako
@siasitokk Kenangan min begambar di Sea Stack Bako National Park #fyp #fypシ゚viral #sarawaktiktok #kuchingsarawak #siasitokk #seastackbakonationalpark #sarawaktourism #bakonationalpark
Malah, para netizen juga berkongsi kenangan mereka melihat mercu tanda Sea Stack itu dan gambar-gambar mereka apabila mereka berkunjung ke sana.
Segelintir netizen yang belum pernah berkunjung berasa sedih kerana belum sempat melihat depan mata tetapi sudah runtuh. Untuk pengetahuan anda, pembentukan batu tersebut adalah kesan daripada pergerakan gelombang ombak laut selama beratus-ratus tahun.