Pejam celik pejam celik, sudah hampir sebulan kita berpuasa dan raya pun tiba tidak lama lagi! Rasanya ramai yang sudah tidak sabar lagi untuk balik ke kampung untuk sambut hari raya Aidifitri dengan keluarga tercinta!

Seperti juga jangkaan tahun lalu, sebanyak 2 juta kenderaan dijangka akan menggunakan rangkaian lebuh raya PLUS setiap hari pada hari-hari puncak sempena sambutan Aidilfitri.

Ditambah lagi apabila kerajaan telah mengumumkan pemberian tol percuma sempena Hari Raya Aidilfitri selama dua hari, bermula 8 April 2024 sehingga 9 April 2024 (TBC). Dibawahnya, semua kenderaan persendirian (Kelas 1) boleh menggunakan semua lebuhraya secara percuma, kecuali di plaza tol lebuhraya di sempadan negara.

Oleh sebab itu, penting untuk anda rancang perjalanan pulang ke kampung supaya anda tidak tersangkut berjam-jam lamanya di atas jalan raya. Solusinya? Rancanglah perjalanan anda dengan aplikasi PLUS dan lebih manis lagi apabila anda berpeluang memenangi baucar membeli-belah bernilai RM20,000!

Pengguna lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) berpeluang memenangi baucar ini apabila mematuhi perjalanan yang mereka telah daftar menerusi fungsi MyPLUS-TTA di dalam Aplikasi PLUS bagi perjalanan di antara 8 hingga 13 April 2024.

Menarik! Macam mana nak rancang?

Mudah sahaja! Selepas anda muat turun aplikasi PLUS di Google Play atau App Store, ikuti langkah berikut;

1. Tekan pada simbol ‘ketupat’, dan pilih destinasi perjalanan dan tarikh

Apabila anda buka aplikasi PLUS, anda akan nampak logo ketupat di bahagian bawah. Klik logo tersebut dan anda perlu pilih tarikh serta destinasi perjalanan anda.

2. Pilih masa perjalanan anda dan isi butiran

Selepas itu, pilih masa perjalanan anda. Pihak PLUS akan memberi cadangan bila masa terbaik untuk anda buat perjalanan. Selepas itu, isikan butiran anda dan siap!

Rancang untuk balik kampung dan balik bandar!

Jika hendak tingkatkan peluang jadi sebahagian daripada pemenang baucar RM20,000 ini, rancanglah perjalanan pergi dan pulang anda dengan MyPLUS-TTA. Tak sampai 5 minit pun untuk anda isi, terus berpeluang menang ‘duit raya’ daripada PLUS! Tuah manusia siapa tahu kan?

Muat turun aplikasi PLUS secara percuma menerusi Google Play Store bagi peranti Android atau App Store bagi pengguna iPhone. Semoga berjaya!