Beg tangan jenama Louis Vuitton baru sahaja dilelong pada harga USD$63,000. Bagaimanapun, yang menjadi persoalan orang ramai adalah saiz beg tangan tersebut yang hanyalah sebesar kuman.
Beg tangan berwarna hijau dengan kuning neon itu dijual pada harga permulaan sebanyak USD$15,000 sebelum naik kepada USD$63,000.
Baca Juga:
- Gaji Cukup-Cukup Makan? Ini 5 Idea Untuk Anda Cari Duit Tepi
- Isu Kesal Guna Duit KWSP Labur ‘Unit Trust’, Pakar Kewangan Dedah Realiti Sebenar
- Perlu Ke Ambil ‘Personal Insurance’ Jika Tempat Kerja Sudah Sediakan?
“Beg itu lebih kecil daripada sebutir garam laut dan cukup kecil untuk menembusi lubang jarum,” menurut catatan Instagram oleh pembuatnya, MSCHF kolektif seni yang berpangkalan di Brooklyn.
Kevin Wiesner, ketua pegawai kreatif MSCHF, memberitahu The New York Times bahawa kolektif itu tidak mendapat kebenaran daripada Louis Vuitton untuk menggunakan reka bentuk itu.
Setakat ini tiada apa-apa komen yang dikeluarkan oleh LV berkenaan jualan yang menggunakan jenama mereka.
Beg itu dibuat menggunakan “proses stereolitografik yang biasa digunakan untuk membuat struktur bioteknologi mekanikal yang kecil,” menurut maklumat lelongannya.
MSCHF telah menjadi tajuk utama dalam beberapa tahun kebelakang ini, termasuk “Kasut Syaitan” Lil Nas X yang pernah mencetuskan kontroversi tidak lama dahulu.