Setiap kali sambutan perayaan di Malaysia, pada waktu malam pasti dihiasi dengan letupan bunga api berwarna-warni.

Baru-baru ini seorang penduduk kawasan perumahan merakam kemeriahan bunga api yang berlaku serentak di sekitar ibu kota sempena perayaan Deepavali.

Baca Juga:

Menerusi video yang dikongsikan TikTok @twofoldcoffee, orang ramai berkumpul di kawasan balkoni sambil melihat permandangan indah di hadapan mereka.

@twofoldcoffee

Selamat Hari Deepavali, Malaysian! View Dari balcony Puchong ni 😱#deepavali2024 #firework

♬ nhạc nền – Cô Trangg – Cô Trangg

Rata-rata warganet menyatakan tidak kira apa jua perayaan, seluruh rakyat Malaysia akan bersatu harmoni merayakan bersama-sama.

Ada netizen menyatakan setiap kali apa-apa juga perayaan, mereka akan menunggu di balkoni untuk melihat bunga api.

'Beginilah 1 Malaysia' – Kemeriahan Bunga Api Di Seluruh Ibu Kota Sempena Deepavali Raih Perhatian
Sumber Gambar: TikTok @twofoldcoffee

Dalam pada itu, warganet meminta orang ramai untuk menjaga keharmonian negara Malaysia menerusi kebersepakatan berbilang kaum.

Pada tahun lalu, akaun TikTok yang sama turut memuat naik kemeriahan bunga api sempena Deepavali tahun lalu. Video tersebut telah mendapat lebih 3.2 juta tontonan.