Salah seorang bekas pemain import Johor Darul Ta’zim (JDT) berkata beliau harap dapat beraksi lebih lama bersama juara Liga Super 11 kali berturut-turut itu.
Pemain yang dimaksudkan ialah Alhaji Kamara yang pernah beraksi bersama skuad Harimau Selatan pada musim 2015 namun hanya buat tempoh masa yang singkat.
Baca Juga:
- RASMI: Samu Castillejo Kini Bersama JDT
- Fandi Ahmad – ‘Sri Pahang Ada Peluang Kejutkan JDT’
- Pencapaian JDT Samai Rekod Cemerlang Bayern Munich
Untuk rekod, beliau hanya beraksi sebanyak dua perlawanan sahaja bersama skuad bimbingan Hector Bidoglio itu dan hanya berjaya mencetak satu gol sepanjang penglibatannya.
Pengalaman Berharga Bersama JDT

Selepas meninggalkan JDT, Kamara berkelana ke beberapa negara termasuk Amerika Syarikat dimana beliau beraksi bersama DC United, Arab Saudi bersama Al-Taawoun, Moldova bersama FC Sheriff Tiraspol dan Denmark bersama Vendsyssel, Randers dan FC Midtjylland.
Selain Kamara, JDT turut dipekuatkan oleh beberapa nama besar ketika saingan musim 2015 antaranya Harris Harun, Marcos Antonio, Luciano Figueroa, Patito Rodriguez dan Jorge Pereyra Diaz.
Musim 2015 turut menyaksikan tiga pasukan muncul juara dalam tiga piala yang dipertandingkan seperti skuad Harimau Selatan memenangi Liga Super manakala Selangor menjulang Piala Malaysia dan Lions XII memenangi Pial FA.