Bekas isteri kepada pelakon Jay Iswazir, membuat pendedahan terbuka di Instagram menuduh pelakon itu sebagai manusia psiko, kaki pukul dan tidak berperikemanusiaan.

Azzahra Ahmad yang juga seorang pelakon berkongsi pengalaman ngeri menjadi isteri kepada suami yang seteruk Jay Iswazir.

Dia  selama ini  seringkali disindir dan dianggap tidak cukup sabar, terus minta cerai walaupun hanya 2 tahun berkahwin.

Dia juga menyebut watak Jay Iswazir di dalam drama memang menjadi kerana itulah diri sebenar Jay Iswazir di luar katanya.

Bekas Isteri Dedahkan Pelakon Ini Kaki Pukul, Dan Sanggup Bun*h Anak Sendiri

Paling Azzahra sakit mengenangkan apabila dia mengakui berdepan kemurungan kerana Jay Iswazir telah ‘membunuh’ anak mereka dengan meminta dia menggugurkan kandungannya.

Dia menulis di IG: “Allah memang nak tunjukkan siapa kau sebenarnya Ahmad Iswazir.

“Elok elok aib kau terjaga tapi kali ni aku tak mampu nak simpan lagi atas penipuan kau menjahanamkan hidup orang.

“Cukuplah jahanamkan hidup aku dan perempuan-perempuan lain sbelum aku.

“Ye orang cakap aku tak cukup sabar kahwin dengan kau, baru 2 tahun lebih dah nak berpisah tapi rasanya sanggup ke korang wahai wanita andai baru kawin 3 bulan pun dah makan maki hamun kena belasah dengan laki korg?

“Zahnita mungkin kuat dapat bertahan 20 tahun tetapi cukup 2 tahun lebih aku dengan kau Ahmad Iswazir.

Bekas Isteri Dedahkan Pelakon Ini Kaki Pukul, Dan Sanggup Bun*h Anak Sendiri

“Ada ke suami tergamak paksa isteri gugurkan anak sendiri? Jantan tak guna macam kau je yang sanggup perlakukan isteri kau macam tu.

“Sepatutnya lama dah kau kena berkas tapi sebab aku ada ehsan lagi nak jaga nama kau takut periuk nasi kau tertutup aku tak buat report polis atas kau Ahmad Iswazir.

“Terima kasih banyak-banyak atas apa yang kau dh buat pada aku pada anak kau yang kau BUNUH!

“Hidup aku hancur sebab kau, aku depress aku hampir nak gila hampir nak bunuh diri selama aku jadi isteri kau Ahmad Iswazir. CUKUPLAHHH KAU SAKITKAN AKU DAN CUKUPPLAHHH JANGAN TAMBAH LAGI PEREMPUAN LAIN YG KAU NAK JAHANAMKAN HIDUP, Jay Iswazir.”