Setahun dua ini banyak bisnes jenama makanan tempatan mula mengukuh dan mendapat sokongan orang ramai.
Disebalik sambutan diterima, ada cabaran yang terpaksa dihadapi oleh para pengasas.
Baca Juga:
- ‘Ada Boleh Jual Murah, Kenapa Lain Tak Tiru?’ – Ayam Goreng RM1 Jadi Perdebatan Ramai
- ‘Salah Ke Saya Nak Melawa?’ – Gadis Cantik Sedih Dikutuk Jual Ayam Goreng
- Baru Sahaja Dibuka Di Australia, Pelanggan Sanggup Beratur 2 Jam Demi Ayam Goreng Marrybrown
Baru-baru ini seorang pengasas satu jenama ayam goreng tempatan mendedahkan ada bekas pekerjanya menciplak bisnes beliau.

Beliau mendakwa bekas pekerjanya itu berbisnes secara tidak sihat dengan beroperasi mirip dengan bisnes beliau.
“Bekas pekerja jadi pesaing, isu ini memang biasa. Bila ada bisnes yang berjaya, mesti ada yang nak ikut jejak langkah. Kita pun tak ada masalah kalau orang nak bersaing. Dunia bisnes ni luas, rezeki masing-masing.
“Tapi ada satu benda yang kita rasa tak patut — bila bekas staf ambil jalan pintas dengan guna nama brand yang sama, warna yang sama, dan paling melampau, claim diri sendiri sebagai pengasas!,” petik kenyataan Taufik Khairuddin, pengasas Ahmad’s Fried Chicken.

Beliau tidak kisah jika bisnesnya dijadikan ‘inspirasi sedikit’, namun tidaklah sampai ciplak 100 peratus.
“Kami di Ahmad’s percaya kepada persaingan yang sihat. Kalau nak bertanding, biarlah dengan idea sendiri, identiti sendiri, dan usaha sendiri. Nak ‘inspired‘ sikit-sikit, itu biasalah, tapi kalau sampai ciplak 100%, itu bukan persaingan — itu pemalas nak bina brand sendiri,” katanya lagi.
DNA ayam goreng ori tidak boleh diciplak

Pengasas jenama ayam goreng itu memberikan pesanan kepada para pekerja mana-mana jenama bisnes agar menjadi individu yang berintegriti.
Beliau mahu setiap orang yang berbisnes bina sesuatu yang betul-betul milik sendiri, bukan sekadar menumpang jenama orang lain.
“Dan satu benda yang kami yakin, jenama bukan sekadar nama dan warna. DNA Ahmad’s tak boleh diciplak. Kami tahu siapa kami, pelanggan tahu siapa yang original.
“Rezeki Allah luas. Mainlah (berbisneslah) secara gentleman.
“Saya Taufik, saya adalah Founder Ahmad’s Fried Chicken yang sebenar,” jelas Taufik.
Sementara itu jenama ayam goreng yang didakwa menciplak dipercayai akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu berbangkit.
“Mohon bersabar semua. Kebenaran akan kami rungkaikan tidak lama lagi,” kata jenama ayam goreng tersebut.