Skuad Garuda bakal diperkuatkan oleh tiga lagi pemain kacukan dimana Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) sedang menyiapkan segala proses yang diperlukan oleh tiga pemain tersebut mendapat kerakyatan.
Menurut salah satu media tempatan, tiga nama yang berada dalam senarai ialah Emil Audero Mulyadi, Joey Pelupessy dan Dean James.
Baca Juga:
- Tewas Kepada Indonesia, Malaysia Gagal Ke Suku Akhir BAMTC 2025
- Caprice Sahkan Kehilangan Eyka 3 Hari Dalam Hutan Indonesia Satu Penipuan Dan Konten Semata Mata
- Netizen Indonesia Kecam Tindakan Individu Conteng Perkataan ‘Madura’ Di Tembok Besar China
Emil Audero merupakan bekas pemain Juventus dan Inter Milan yang ketika ini beraksi secara pinjaman bersama Palermo dari Como.

Emil sudah lama dikaitkan untuk menyarung jersi skuad Garuda namun tiada kata sepakat yang berjaya dicapai selain ayah kepada penjaga gol itu sebelum ini menegaskan beliau yakin anaknya boleh mendapat panggilan dari skuad Itali.
Audero memiliki kaitan dengan Indonesia melalui ayahnya yang berasal dari Mataram, Nusa Tenggara Barat.
Joey Pelupessy pula ialah pemain tengah bertahan berusia 31 tahun yang kini bermain dalam divisyen kedua Liga Belgium bersama SK Lommel. Beliau mempunyai pengalaman luas di kancah Eropah, pernah bermain untuk Sheffield Wednesday (England) dan FC Groningen (Belanda).
Joey boleh beraksi bersama skuad Garuda ekoran neneknya berasal dari Maluku.

Seorang lagi ialah Dean James yang beraksi di posisi bek kiri dari kelab Go Ahead Eagles. Pemain berusia 24 tahun ini dia kerap menjadi pilihan untuk beraksi dalam saingan Eredivisie (17 perlawanan, satu gol dan dua bantuan gol).
James diketahui memiliki kaitan dengan negara seberang yang mana nenek beliau berasal dari Surabaya.
Menurut Ketua Umum PSSI iaitu Erick Thohir, pihaknya berusaha untuk memastikan ketiga-tiga pemain boleh beraksi pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 bertemu Bahrain dan Australia pada Mac ini.
Sebelum ini, PSSI berjaya mendapatkan seorang penyerang kelahiran Belanda iaitu Ole Romeny dan pemain itu ketika ini beraksi bersama Oxford United dalam saingan Liga Kejuaraan England.
Skuad Indonesia yang dibimbing oleh Patrick Kluivert kini mempunyai lebih dari 15 pemain kacukan yang mana majoritinya dilahirkan di Belanda.
Ini kerana Indonesia mempunyai sejarah apabila pernah dijajah oleh Belanda pada ratusan tahun dahulu.