Selari dengan tema “Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat”, Belanjawan 2025 kali ini memfokuskan bantuan rakyat dan usaha mengurangkan kos sara hidup.
Ini adalah antara 20 inisiatif yang melibatkan bantuan rakyat dan kos sara hidup seperti diumumkan oleh kerajaan:
Baca Juga:
- Belanjawan 2025: Kerajaan Mahu Tamatkan Masalah Beratur Panjang, Isi Banyak Borang
- Belanjawan 2025: PLKN Bakal Kembali Dengan Konsep Baharu
- Belanjawan 2025: Penerima STR Kategori Isi Rumah Dapat SARA RM100 Sebulan
- Kadar maksimum Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diterima isi rumah meningkat kepada RM4,600 berbanding RM3,700.
- Golongan bujang akan menerima STR berjumlah RM600 berbanding RM500.
- 4.1 juta penerima STR kategori isi rumah dapat Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 sebulan.
- Bantuan warga emas dinaikkan kepada RM600 sebulan.
- Bantuan kanak-kanak keluarga miskin berumur 6 tahun ke bawah dinaikkan kepada RM250.
- Bantuan kanak-kanak keluarga miskin berumur 7 hingga 18 tahun dinaikkan kepada RM200.
- Kadar bantuan Am Wilayah Persekutuan dinaikkan RM150.
- Gaji minimun dinaikkan daripada 1,500 sebulan kepada 1,700 sebulan.
- Garis Panduan Gaji Permulaan bagi Sektor Pekerjaan diperkenalkan (contoh: jurutera mekanikal, gaji RM3,380)
- RM200 juta bagi pelaksanaan Dasar Gaji Progresif yang akan memanfaatkan 50,000 pekerja di negara ini.
- Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) bantu tambah pendapatan keluarga.
- Peruntukan untuk Program Payung Rahmah ditingkatkan kepada RM300 juta.
- Kerajaan bantu tampung bayaran lesen motosikal untuk 15,000 anak muda.
- Bantuan pembelian tiket penerbangan untuk 60,000 mahasiswa kurang mampu.
- Topi keledar percuma diberikan kepada 67,000 keluarga susah.
- Subsidi, bantuan dan insentif untuk pesawah dan nelayan dinaikkan kepada RM2.78 bilion.
- Peruntukkan untuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah dinaikkan kepada RM870 juta.
- RM800 juta Bantuan Awal Persekolahan disediakan kepada semua 5.2 juta murid tahun satu hingga tingkatan lima tanpa mengira pendapatan ibu bapa.
- Elaun Sara Hidup siswa guru Program Ijazah Muda Pendidikan dinaikkan kepada RM530.
- Bantuan OKU dinaikkan kepada RM1.3 bilion.