Minuman beralkohol bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan tetapi ia juga menyebabkan peminumnya bertindak luar kawalan jika minum secara berlebihan.
Malah, banyak kes yang berkaitan individu mabuk pernah dilaporkan sebelum ini. Terbaharu, kecoh di media sosial apabila sebuah video memaparkan aksi keganasan melibatkan dua orang lelaki dipercayai mabuk dengan seorang pekerja kedai mamak.
Baca Juga:
- Dua Anak Kecil Terpaksa ‘Ditidurkan’, Bapa Terkilan Kes Pemandu Mabuk Tidak Pernah Dihukum Setimpal
- Ada 31 Saman Tertunggak Dan Lesen Tamat Tempoh, Pemandu Porsche Disyaki Mabuk Ditahan
- Minum Arak Mahal Milik Tuan Rumah, Perompak Mabuk Tertidur Di Ruang Tamu
Kejadian di Pelita, Cyberjaya. Scary. 😨 pic.twitter.com/IJnRk0t6WK
— Cyberjaya Info (@Twt_Cyberjaya) March 17, 2023
Menerusi video itu, lelaki yang dipercayai mabuk itu bertindak menyerang pekerja kedai mamak dan kejadian itu disaksikan oleh orang awam serta pekerja kedai lain.
Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen terkejut kerana ramai orang di sana tetapi hanya menjadi bystander tanpa mahu mengambil inisiatif untuk menyelesaikan perkara tersebut.
To my Indian friends and not friends, I know not every each of you like this. In any race pun, mmg akan ada one or two yg mmg spoil milk, perangai buruk. But that doesn't mean all Indians, Malays, Chinese, Others semua buruk jugak. https://t.co/EdVoqceQ2q
— Potato (@ehhmilab) March 17, 2023
https://twitter.com/adonisjudah01/status/1636577111455719424
Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Because of some assholes like this the entire race is brought down to mud. https://t.co/dzjUjIRh92
— IamVisnu (@Visnu57775134) March 17, 2023
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki yang bertindak kasar itu dan juga mengatakan sepatutnya tindakan diambil. Malah, para netizen bersetuju bahawa minum arak tidak baik kerana akan membuatkan individu itu bertindak di luar kawalan.