Siapa sangka pada suatu hari nanti kita akan boleh melihat iklan bisnes pada belindan atau batu nisan yang pada asalnya patut membuatkan muhasabah diri ketika datang melawat arwah?

Baru-baru ini, tular sebuah gambar yang dikongsikan di dalam platform Reddit yang mana menarik perhatian ramai apabila memperlihatkan satu belindan yang didatangkan dengan ‘engraved’ nama kedai yang menghasilkannya.

Belindan Pamer ‘Engraved’ Nama Kedai Jadi Perbincangan Netizen
Sumber Gambar: X

Lalu, pengguna yang memuat naik gambar berkenaan menyoal sama ada fenomena satu perkara biasa buat penjual batu nisan meletakkan nama kedai apabila dijual kepada pelanggan.

“Adakah ini suatu perkara biasa untuk penjual batu nisan meletakkan nama kedai padanya apabila jual kepada pelanggan?” soalnya.

Perkongsian individu langsung menjadi perbincangan hangat antara pengguna yang mana rata-ratanya menjawab bahawa ini bukanlah satu perkara biasa dan boleh dikira sebagai tidak menghormati dan kurang ajar buat keluarga si mati.

Ramai berpendapat teknik pengiklanan seperti ini tidak sepatutnya di bawa masuk ke dalam benda berkait kematian dan cukup sekadar mempromosi secara dalam talian yang dilihat jauh lebih efektif dan manusiawi.

Walaupun ada bersangka baik mungkin tindakan engraved itu mendapat persetujuan dari keluarga si arwah, ia tetap kelihatan kurang sopan di mata ramai.

Tindakan terbabit turut ditegur oleh pengguna Reddit tempatan dari pelbagai latar belakang dan juga berbeza agama.