Baru-baru ini telah beredar sebuah tweet dari netizen yang menyatakan bahawa kita sebenarnya tidak perlu berkumur selepas memberus gigi untuk memastikan keberkesanan Fluorida dalam ubat gigi. Akan tetapi, tweet ini menerima banyak kecaman dan dipersoalkan kebenaran fakta tersebut.
Perkara ini kemudian dipanjangkan kepada seorang doktor pergigian yang terkenal dalam kalangan pengguna media sosial iaitu Dr Ib Shah. Berikut merupakan ulasan daripada beliau.
Baru-baru ini ramai yang bertanya tentang konsep “spit dont rinse”
Betul ke xperlu kumur2 selepas berus gigi? Takpa ke kalau tertelan ubat gigi?
Thread ini dibawakan kepada anda dari #MedTweetMY 🙌🏻 pic.twitter.com/iRKkdYFUFW— Dr ib shah | ayiem (@ib_shah) July 24, 2019
Ternyata kenyataan ini adalah benar kerana menurut ulasan beliau, konsep ‘spit don’t rinse’ ini diperkenalkan untuk menggalakkan ion fluorida daripada ubat gigi berada pada permukaan gigi lebih lama. Untuk pengetahuan anda, kebanyakan angkasawan telah mempraktikkan cara ini semenjak dahulu lagi.
Konsep i ini wujud untuk menggalakkan lebih lama ion fluorida dari ubat gigi utk berada dipermukaan gigi. pic.twitter.com/AL2BtbZEFx
— Dr ib shah | ayiem (@ib_shah) July 24, 2019
Mengapa ion fluorida bagus untuk penjagaan gigi? Perkara ini dijelaskan dalam thread seterusnya kerana ion fluorida digunakan untuk proses pembentukan struktur gigi yang lebih kuat dan membantu menyekat bakteria daripada membiak dan seterusnya merosakkan gigi.
Ion fluorida ini penting dalam proses remineralisi gigi,ia bergabung dan membentuk structur gigi yang lebih kuat iaitu hydroxy-fluoro-apatite .ion fluoride ini juga membantu menyekat bacteria dari membiak dan merosakkan gigi.
Jadi lebih lama dalam mulut lebih baik bukan?
— Dr ib shah | ayiem (@ib_shah) July 24, 2019
Kebenaran fakta ini juga terbukti hasil daripada kajian beberapa pengkaji dari luar negara. Oleh itu, benarlah berkumur dengan air yang banyak selepas memberus gigi dapat mengurangkan keberkesanan ion fluorida dari ubat gigi.
Kumur2 dengan air yang banyak selepas memberus gigi terbukti dapat mengurangkan kebaikan ion fluorida dari ubat gigi.
Ini dibuktikan oleh beberapa kajian terutama dari Chesters et al., O’Mullane et al. , Chestnutt et al. dan Ashley et al.
— Dr ib shah | ayiem (@ib_shah) July 24, 2019
Mungkin bagi sesetengah orang yang sudah terbiasa berkumur selepas memberus gigi dan merasakan agak janggal untuk tidak berkumur, jangan risau kerana terdapat 3 langkah lain yang disarankan untuk memastikan kita mendapat kebaikan fluorida.
Cara pertama ialah anda masih boleh berkumur tetapi dengan kuantiti air yang sedikit kemudian diludahkan dan tidak mengulangi untuk berkumur kali kedua dan seterusnya. Kedua, anda juga boleh berkumur dengan ubat kumur yang mengandungi fluorida dan akhir sekali menggunakan jumlah ubat gigi dengan betul.
Sebenarnya ada 3 konsep lain yang disarankan selain “spit no rinse” selepas kita memberus gigi
-kumur-kumur dengan ubat kunur yang mengandungi fluorida
-ambil air sedikit dan kumur dengan baki buih ubat gigi dalam mulut dan ludah.jangan berkumur dengan air selepas itu
— Dr ib shah | ayiem (@ib_shah) July 24, 2019
Penting juga diingat jika kita hendak menggunakan konsep ini utk meningkatkan keberkesanan ion fluorida, gunakan dengan jumlah yang betul.
Dalam 1cm (sebesar pea) sudah memadai pic.twitter.com/4LuoDT0kti
— Dr ib shah | ayiem (@ib_shah) July 24, 2019
Mungkin ada yang bimbang dengan mengatakan bahawa menelan ubat gigi akan menyebabkan keracunan dan seterusnya mendatangkan maut. Menurut Dr Ib Shah sukatan ubat gigi yang betul iaitu sebesar kacang pis dalam sekali penggunaan tidak akan mencapai taraf toksik. Sukatan yang sama juga perlu digunakan dalam kalangan kanak-kanak untuk mengelakkan fluorosis terjadi.
Dengan jumlah ubat gigi yang betul, ubat gigi jika tertelan tidak mencapai taraf toksik. Sebagai anggaran, and perlu makan suku ke separuh tiub ubat gigi untuk hanya mendapat sakit perut! Taraf yang boleh mendatangkan maut jauh lebih tinggi
— Dr ib shah | ayiem (@ib_shah) July 24, 2019
Bagaimana pula dengan fluorosis doc?
Antara sebab fluorosis terjadi apabila kanak2 menelan ubat gigi berfluorida secara BERLEBIHAN semasa gigi kekal sedang membentuk. Jangan biarkan kanak2 secara sengaja makan ubat gigi.Satu lapisan mencukupi atau sebesar sebutir beras sahaja! pic.twitter.com/PfK26LHYzn
— Dr ib shah | ayiem (@ib_shah) July 24, 2019
Diakhir thread, beliau sempat memberikan tips untuk membiasakan diri dengan perubahan ini. Caranya ialah dengan menggunakan tongue scrapper yang boleh didapai di farmasi untuk mengurangkan rasa buih di dalam mulut.
Kesimpulannya, penting untuk kita berus gigi menggunakan ubat gigi berfluorida. Tak perlu berkumur untuk maksimka kan kebaikan ion fluorida.Tapi kalau nak juga, berpada2 lah semasa berkumur
Ini sudah terbukti secara scientifik.semoga bermanfaat!
— Dr ib shah | ayiem (@ib_shah) July 24, 2019
Ramai yg kata geli sebab kita dah biasa kumur byk2 kan? Perlahan2 ubah,mula dengan bataskan satu kali sahaja kumur.kemudian kurangkn air utk kumur.lama lama biasa lah.
My personal trick,guna tongue scrapper. Lepas berus lidah sudah tak rasa byk buih dalam mulut.selamat mencuba!
— Dr ib shah | ayiem (@ib_shah) July 25, 2019