giphy2

Bagi peminat kereta, Volkswagen Beetle bukanlah satu jenama yang asing. Model kereta ekonomi yang dihasilkan oleh pengeluar kereta Jerman Volkswagen (VW) ini mula dikeluarkan sejak tahun 1938 dan pengeluaran terakhirnya adalah pada tahun 2003 .Tahukah anda, Ini model yang original atau dikenali sebagai Original Beetle.

Volkswagen Beetle ini mudah dikenali sebagai kereta keluaran Volkswagen kerana bentuknya yang unik dan compact. Tapi tahun lalu, Volkswagen mengeluarkan kenyataan bahawa model The Beetle akan ditamatkan sepenuhnya pengeluaran pada tahun ini. Sedih pula, tetapi sebelum itu ini antara benda yang anda kena tahu tentang Volkswagen Beetle.

1. Nama yang berbeza mengikut negara

VW-Beetle-AIA_7650-By-All-Is-Amazing-671×447

Kalau anda nak tahu, Volkswagen Beetle atau Bug ini mula mendapat nama rasminya 30 tahun lepas ianya dilancarkan. Lewat bukan? Sebenarnya kereta ini mula dikenali sebagai Porsche Type 60 sebelum ditukar kepada Volkswagen Type 1. Nama Beetle hanya diperkenalkan pada tahun 1968. Tetapi, waktu itu masyarakat seluruh dunia sudah start bagi nama-nama unik kepada Beetle sebab bentuknya yang menyerupai haiwan dan serangga.

Kalau di Indonesia, Hong Kong, Thailand dan Malaysia Volkswagen Beetle sering dirujuk sebagai kodok atau kura-kura.  Di Britain pula, nama Beetle tidak pernah digunakan secara rasmi kerana lebih dikenali sebagai “Type I”. malah di Jerman pun mereka panggil Kafer, kumbang dalam bahasa Jerman.

Manakala Brazil, Paraguay dan Uruguay ia dikenali sebagai Fusca, di Argentina, Chile, Colombia, Paraguay, Peru, Spain, Uruguay, El Salvador, Costa Rica dan Venezuela kereta ini dikenali sebagai Escarabajo serta di Republik Dominic ia dikenali dengan nama Cepillo yang bermaksud berus.

Walau apapun nama dia, satu dunia tahu yang kereta ini keluaran Volkswagen. Cool!

2. Model asal Volkswagen boleh terapung atas air

Floating-Beetle-630×878

Benar dan ianya bukan mitos! Memang Volkswagen Beetle boleh terapung atas air tapi untuk beberapa minit jelah. Volkswagen Beetle boleh terapung atas air sebab bahagian bawah rekaan asal kereta disealed dengan keluli. Jadi, tiada bahagian yang terbuka di bawahnya. Sebab itulah kereta ini boleh terapung sekejap.

Volkswagen juga pernah mengeluarkan iklan yang claimed keretanya kedap udara dan boleh terapung. Tapi diakhir iklan, mereka jelaskan bahawa kereta itu hanya mampu terapung dalam waktu yang singkat sahaja.

3. Beetle ada sentuhan warganegara Indonesia

Chris VW

Untuk pengetahuan anda The Beetle, generasi ketiga ni mendapatkan sentuhan Chris Lesmana seorang warganegara Indonesia. Jarang kan kita dengar pembabitan orang Asia dalam pembuatan kereta Eropah. Tetapi, Chris ini memang pencinta Volkswagen Beetle sejati tahu. Model Beetle tahun 1969 pun ada dalam simpanan beliau.

Masih mengekalkan bentuk asas Volkswagen Beetle, Chris telah menambah baik reka bentuk model ini dengan menambah hatchback dan lebih menjimatkan bahan bakar. Rekaannya diterima baik oleh pencinta Volkswagen dan jualan untuk jenama itu turut meningkat.

4. Original Beetle merupakan model kereta paling lama dalam sejarah

factory-shot-671×452

Mula dihasilkan pada tahun 1938, model asal Beetle menamatkan pengeluarannya pada tahun 2003 di Mexico. Ini menjadikan Volkswagen Beetle sebagai model kereta yang paling lama pengeluarannya dalam dunia automobil dan bertahan selama 65 tahun.

Bagi menghargai model kereta ini, original Beetle yang terakhir #21,529,464 telah menjadi salah satu kereta yang diletakkan di ruang pameran di Muzium Volkswagen Auto Wolfsburg, Jerman.

5. Volkswagen Beetle model kereta paling popular dalam dunia filem

herbie-love-bug

Yang ini memang tidak boleh dinafikan. Sebab sampai ke hari ini masih ada filem yang menggunakan model Volkswagen Beetle sebagai props mereka. Mungkin kerana cirinya yang unik serta sifat old school yang dimiliki, maka tidak hairanlah penerbit filem pun mencari model kereta ini.

bumblebee-vertical-visual-new-01-630×1000

Kalau di luar negara antara cerita yang famous menggunakan model Volkswagen Beetle ini mestilah filem Herbie yang memaparkan kisah perlumbaan kereta dan jangan lupa juga filem Bumblebee salah satu francais filem Transformers yang menyaksikan bagaimana sebuah Beetle kuning bertukar menjadi Bumbleebee. Epik habis.

6. Iklan cetak terbaik di dunia. Terbaik!

1959_ThinkSmall_400

Nampak simple, tapi tahukah anda iklan mengenai Volkswagen Beetle pada tahun 1960-an ini berjaya menjadi iklan terbaik di dunia! Hebat kan?

Walaupun tajuk yang diberikan ‘Think small’ dan grafiknya hanya sebuah kereta Volkswagen kecil berwarna hitam. Iklan cetak ini telah berjaya menarik perhatian orang ramai untuk membaca apa yang cuma disampaikan oleh Beetle. Ini merupakan satu kejayaan kepada Beetle kerana berjaya memberikan keinginan kepada pengguna kereta untuk membelinya. Kecil-kecil jangan disangka tidak berbisa!

Peluang terakhir dapatkan Volkswagen Beetle, melepas kalau tak beli sekarang

Beetle-Owl-630×739

Lepas ini sudah tiada lagi generasi baru Volkswagen Beetle yang akan dihasilkan. Walaupun model Original Beetle sudah lama berakhir sejak 2003. Model The Beetle berjaya menyambung legasinya dengan jualan melebihi setengah juta di seluruh dunia.

Sebab itu, peminat Volkswagen Beetle tidak boleh lepaskan peluang terakhir anda untuk memiliki kereta ini. Masih memilik ciri reka bentuk asal Beetle yang lama, The Beetle ini confirm lebih menonjol untuk anak muda kerana warnanya yang lebih menarik serta kuasa enjin turbonya yang pastinya memberikan anda kepuasan dalam pemanduan.

Bukan itu saja, Volkswagen Beetle jugak memiliki sistem penyaman udara dengan 2 zon Climatronic air, paparan skrin sentuh dengan app-connect serta tempat duduk kulit ‘Vienna’ yang menjadikan pemanduan anda lebih selesa.

Jadi, kalau anda berminat nak dapatkan Volkswagen Beetle ini anda boleh lah melayari laman rasmi Volkswagen. Harga kereta ini bermula daripada RM152,390 dengan ansuran bulanan RM 1,590 sebulan. Dengan ciri pemanduan dan model kereta yang unik, model Volkswagen Beetle ini merupakan antara kereta yang tidak boleh dilepaskan. Rugi anda nanti.