Zlatan Ibrahimovic dilaporkan salah guna kuasa di AC Milan. Dia ketika ini bertugas sebagai penasihat kanan kelab itu dilantik oleh firma RedBird yang merupakan pemilik AC Milan.

Ibrahimovic baru baru ini telah menurunkan pangkat ayah kawannya – ayah Abate – daripada pasukan pembangunan lelaki AC Milan ke pasukan wanita.

Ayah Abate sebelum ini bertugas sebagai jurulatih penjaga gol Milan Primavera (pasukan pembangunan Milan). Selepas menurunkan pangkat ayah Abate, Zlatan kemudian memecat ayah Abate tanpa sebarang notis.

Keadaan itu membuatkan Abate bengang. Ini kerana Zlatan sebelum ini tidak sehaluan lagi dengan rakan baiknya itu yang sama sama bermain di AC Milan.

Abate mendapat tekanan daripada Zlatan untuk menjadikan anaknya Maximilian Ibrahimovic sebagai pemain kesebelasan utama skuad pembangunan.

Namun Abate tidak tunduk dengan tekanan itu kerana dia memilih pemain berdasarkan merit. Zlatan dilaporkan lebih banyak memantau pasukan pembangunan termasuk hadir ke perlawanan dan latihan Primavera.

Bengang Abate kabelnya tidak menjadi, Ibra membalas dendam pada ayah Abate.

Berita itu sampai ke pengetahuan RedBird. Dan konflik ketika ini sedang panas di Milan. Ibrahimovic sudah 15 hari tidak masuk kerja. Dipercayai merajuk enggan menerima kenyataan bahawa RedBird tidak membelanya dalam perkara ini.

RedBird juga bengang dengan tindakan Ibra baru baru ini membuat konten dengan Speed iaitu cabaran English or Spanish yang dianggap berbaur hm0fbik.

Ianya bertentangan dengan prinsip kelab itu yang menyokong pelangi.

Ibrahimovic dijangka tidak akan hadir ke minggu perlawanan minggu ini antara Milan dan Venezia.