Seorang wanita bertindak ganas dengan memecahkan cermin kereta dan merosakkannya. Ini selepas dia tak berpuas hati ada pihak yang cuba menarik keretanya.
Netizen geleng kepala melihat tindakan wanita itu yang dianggap sangat tidak bijak.
“Dia fikir abang penarik kereta tu rugi agaknya,” kata netizen.
Wanita itu menyatakan bahawa dia merosakkan bahagian kereta itu kerana kereta itu hasil daripada duit peluh owner selama ini yang membuat kemasan pada kereta itu.
Dia turut dibantu seorang lelaki lain yang turut memecahkan kereta tersebut. Kereta itu awalnya sudah dicangkuk untuk diangkut oleh lori penunda.
Namun wanita itu menghidupkan enjin dan menurunkan kereta itu sehingga ada kerosakan pada trak penunda.
Kereta tersebut dipercayai sudah 8 bulan tidak dibayar wang ansuran. Dalam perkongsian yang tular di Facebook, ia bertulis: “Sendiri tak bayar sendiri marah.
“Btw, kereta dah kena cangkuk luar pagar, owner pergi start kereta turun dari towing masuk rumah dia. Sebab tu bumper pun pecah.”
Mereka percaya wanita itu selepas ini akan disenarai hitam untuk selamanya. Dan mereka juga menganggap kereta wanita itu pastinya dah tak laku lagi.
Mereka menganggap tindakan itu sebagai bodoh kerana ianya akan membuatkan kereta itu tidak dapat dilelong dengan harga sepatutnya untuk membantu dia mengurangkan bebanan hutang bank.
“Blacklistlah nama kau sampai tua, used car pun tak nak beli kalau kena lelong.
“Owner dah miskin, sebba tu tak bayar monthly. Dengar cerita 8 bulan huhu, naya towing pun kemek kena langgar.”
Netizen turut mengingatkan wanita itu tentang dosa tak bayar hutang dan pada masa yang sama merosakkan harta milik orang lain – yakni bank – serta bertindak agresif memeras ugut orang lain.
Khabarnya kes 8 bulan tak bayar installment, dirosakkannya kereta tu sebelum kena tarik.
(C/p) pic.twitter.com/QgR0iy8JAo— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) October 22, 2024
Seorang lagi menulis: “Katakanlah baki hutang RM30k. Kereta kondisi cantik kemungkinan terlelong RM25k. So baki owner masih kena settle dengan bank hanya RM5k.
“Bila owner pecah kereta macam ni. Bidder takut untuk bid harga. Kemungkinan akan terlelong harga rendah. Dalam RM2k. Banyak repair kena buat. So owner masih kena selesaikan baki RM28k.
“Disebabkan emosi, owner kena bayar rm28k yang sepatutnya RM5k. Ini pengalaman abang sebagai pembida kereta lelong. Abam bet geng repo tu gelak je la. Sebab diorang takde rugi apa apa pun. Pengajaran: Kalau tak mampu bayar boleh serahkan dengan keadaan baik. Malu kita sebagai umat Islam.”