Benjamin Netanyahu mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dengan menuduh sebenarnya dia mendapat tahu bahawa Iran mahu membun*h presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Sebelum ini Netanyahu agak terkilan kerana AS tidak menyokong cadangannya mahu menyerang Iran. Dan akhirnya negara haram itu bertindak sendiri dengan mulakan serangan.

(Nota editor: Oleh kerana censorship, maka artikel kami banyak menggunakan tanda ** atau kiasan lain dalam penulisan)

Kemudian Netanyahu sudah mengingatkan Donald Trump agar sentiasa bersedia untuk menghantar bantuan tentera jika Iran bertindak ganas ke atas mereka.

Tel Aviv sudah memulakan Operasi Rising Lion pada 13 Jun 2025, menyasarkan kemudahan nuklear dan infrastruktur ketenteraan Iran di Natanz, Fordow dan Isfahan

Iran sudah bertindak balas kepada negara haram tersebut dengan melancarkan serangan udara ke atas Tel Aviv yang menyebabkan kerosakan di bandar tersebut.

iran

Donald Trump masih lagi tidak menunjukkan tanda tanda akan menghantar tentera AS pada skala besar besaran membantu Netanyahu dalam misinya.

Tiba tiba pada hari ini, Netanyahu mendedahkan bahawa musuh no.1 Iran adalah Donald Trump, presiden AS. Dan dia berharap Trump sedar akan perkara tersebut.

Dipetik daripada laman Economic Times, Netanyahu berkata: “Donald Trump adalah musuh nombor satu rejim Iran. Mereka mahu memb*nuhnya. Dia adalah musuh nombor satu mereka.

“Ini kerana dia [Trump] seorang pemimpin yang tegas. Dia tidak pernah memilih jalan yang diambil oleh orang lain untuk cuba berunding dengan mereka secara lembut — yang memberikan mereka [Iran] laluan untuk memperkaya uranium, yang bermaksud laluan kepada bom nuklear.”

Tiba tiba klaim hasil risikan Israel

Ketika ditanya, bagaimana dia tahu bahawa Iran mahu memb*nuh Trump? Netanyahu menegaskan bahawa ianya hasil daripada kepakaran perisik Is**el.

Menurutnya, hasil risikan I*r*el menunjukkan rejim Iran sedang berusaha untuk menyingkirkan Trump daripada pengaruh politik dan nuklear. Sebelum ini Netanyahu tak pernah berkongsi perkara itu.

Ia sekali gus mencerminkan kemelut ketegangan yang semakin memburuk antara Iran dan AS, khususnya sejak AS menguatkuasakan dasar tegas terhadap program nuklear Iran.

Menurut pandangan pakar politik, kenyataan terbaru Netanyahu bahawa Iran mahu memb*nuh Trump ini akan membuka lembaran baharu dalam konflik diplomatikk antara AS dan Iran.

Dan ianya dijangka akan memberikan kesan yang besar terhadap usaha untuk berunding antara AS dan Iran berkaitan dengan dasar nuklear. Di mana rundingan tersebut masih lagi tertangguh kerana ketidakstabilan politk di rantau tersebut.

Benjamin Netanyahu benar benar terdesak dan jadi batu api

Sementara yang lain berpendapat, kenyataan Netanyahu itu tidak ubah seperti kenyataan batu api yang mahu melaga lagakan Iran dan AS. Ini juga menunjukkan betapa terdesaknya Netanyahu mahukan AS terlibat dalam misi mereka kali ini.

Dia cuba mengambil kesempatan di atas ketegangan hubungan AS dan Iran sejak berdekad dekad lamanya.