Satu lagi kejadian tidak diingini berlaku dimana seorang bapa mahu memukul pengadil selepas melayangkan kad merah kepada anaknya dalam satu perlawanan di peringkat akar umbi baru-baru ini.
Menurut satu video yang dimuat naik oleh pengguna X iaitu RonKemar menunjukkan seorang individu mengambil batang besi yang menurut beliau mahu digunakan untuk memukul pengadil bertugas selepas anaknya dilayangkan kad merah dalam perlawanan tersebut.
Baca Juga:
- Marcelo Bielsa: Bola Sepak Sekarang Sudah Tidak Lagi Indah
- 7 Bulan Tidak Dibayar Gaji, Tonggak KL City Jadi Rebutan
- ‘Ini Skuad Brazil Paling Teruk Sepanjang Zaman’
Anak kena red card kau nak amik batang besi pukul ref.
Bola Malaysia ni dah la dah nazak, ada pulak orang macam ni jadi enabler kepada anak2 tunjuk perangai xsemenggah. Pundek betul mak bapak macam ni.
Kalau aku jadi coach aku perhambat keluar je player tu. Menyusahkan 😡 pic.twitter.com/tDhSdl8Pxc
— RonKemar (@ronramka) July 8, 2024
Mujur tiada kejadian yang tidak diingini berlaku dimana pasukan keselamatan yang ada di sekitar tempat kejadian berjaya menghalang sang ayah dari memasuki padang.
Melihat di ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan sang ayah dimana beliau bukan sahaja gagal mengawal emosi malah menunjukkan contoh yang tidak baik kepada pemain dan juga penonton yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut.
Ini bukan kejadian pertama yang berlaku di peringkat sosial mahupun akar umbi dimana sebelum ini seorang pengadil membuat laporan polis selepas beliau ditumbuk oleh salah seorang pemain ketika perlawanan sedang berlangsung.
Pengadil tersebut bertugas untuk mengendalikan perlawanan sebuah liga amatur iaitu Footy Premier League di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bharu antara FC Pirates menentang Ukay Positive.
Pada separuh masa kedua, pengadil bertugas memberikan sepakan penalti kepada Pirates selepas salah seorang pemain Ukay melakukan kekasaran dalam kawasan penalti.
Akan tetapi, keputusan itu tidak disenangi oleh pemain terbabit dan kemudiannya menumbuk pengadil selepas beliau dilayangkan kad kuning kerana membuat bantahan keras.
Pengelola liga kemudiannya mengeluarkan kenyataan dimana mereka menggantung pemain terbabit serta mengenakan denda sebanyak RM500 terhadap Ukay Positive.
“Dengan dukacitanya, pihak penganjur liga ingin mengumumkan bahawa pemain Shaharudin (7) dari pasukan Ukay Positive telah digantung daripada bermain dalam Footy Premier League 2024. Keputusan ini dibuat susulan insiden yang berlaku semasa perlawanan minggu ke-4 antara Ukay Positive dan FC Pirates.
“Perlawanan terhenti selama 20 minit kerana isu keselamatan dan trauma yang dialami oleh pengadil. Setelah menimbang keselamatan, jawatankuasa pertandingan memutuskan bahawa perlawanan tidak dapat diteruskan dan menamatkannya serta-merta.
“Pihak FPL menentang sekeras-kerasnya tindakan agresif yang dilakukan oleh Shaharudin terhadap pengadil perlawanan dan menjatuhkan hukuman gantung daripada bermain dalam liga FPLSCL24 ini kepada pemain tersebut. Pasukan Ukay Positive juga dikenakan hukuman denda sebanyak RM500.00.