Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, nampaknya cemburu dengan cara kerajaan Malaysia mengurus kos haji di sini.
Menurut CNN Indonesia, dalam satu ucapan penuh semasa merasmikan Terminal Haji & Umrah di Bandara Soekarno-Hatta, Prabowo bertekad mahu jadikan biaya haji Indonesia yang termurah di dunia, malah lebih murah dari Malaysia.
“Saya belum puas!” tegas Prabowo.
Beliau menyatakan bahawa walaupun biaya haji bagi tahun 2025 telah diturunkan sebanyak Rp4 juta (sekitar RM1,200), itu masih belum cukup.
Beliau mahu rakyat Indonesia menikmati kos haji paling mampu milik, setanding atau lebih baik dari jiran tetangga, Malaysia.
Berapa Sebenarnya Kos Haji Indonesia?
Kos haji rasmi Indonesia untuk 2025 kini ditetapkan pada purata Rp89.410.258,79 (sekitar RM27,300), berbanding tahun 2024 iaitu Rp93.410.286,00.
Penurunan ini disambut baik oleh ramai jemaah.
Namun begitu, jemaah Indonesia hanya membayar Rp55.431.750,78 (62%) kerana selebihnya disubsidi oleh Badan Pengelola Keuangan Haji (BPKH) menggunakan dana manfaat dari pelaburan simpanan haji.
Kos Haji Malaysia: Lebih Mahal, Tapi Subsidi Kencang
Secara kasar, kos haji Malaysia lebih tinggi – sekitar RM130,300 atau 33,300 ringgit.
Tapi, di sinilah Malaysia ‘menang gaya’.
Tabung Haji Malaysia memberikan subsidi besar, terutama untuk golongan berpendapatan rendah.
Jadi, Kenapa Prabowo “Cemburu”?
Prabowo nampak potensi untuk memperbaiki sistem Indonesia agar lebih mesra jemaah, terutamanya dari segi pengurusan dana haji.
Walaupun jumlah yang dibayar rakyat Indonesia lebih rendah berbanding kos penuh Malaysia, kemampuan subsidi Malaysia memberi inspirasi besar.
Malaysia berjaya menampung sebahagian besar kos walaupun nilai asalnya tinggi kerana struktur subsidi yang progresif dan mantap.
Inilah yang membuat Prabowo berazam untuk menambah baik sistem haji negaranya — agar bukan saja murah, tapi juga adil dan lestari.