Siapa yang tidak mengimpikan untuk mempunyai berat badan ideal. Anda haruslah berusaha dengan bersukan dan mengamalkan gaya hidup sihat untuk capai target.

Terbaharu, menjadi buah mulut netizen apabila seorang pemuda berusia 22 tahun bernama Bruce Tan mula dikenali kerana keazaman beliau untuk menurunkan berat badan mencipta satu fenomena. Untuk pengetahuan anda, berat badan Bruce sebelum ini pernah mencecah 120kg dan kini berjaya turunkan berat badan sehingga 48kg dalam masa 3 tahun.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Menurut Bruce, masalah berat badan yang dialami oleh beliau adalah sejak kecil dan keadaan tersebut berterusan sehingga ke alam persekolahan. Malah, disebabkan faktor berat badan beliau yang tidak ideal menjadikan beliau bahan ejekan rakan-rakan di sekolah. Oleh itu, beliau tekad untuk menurunkan berat badan.

10606465_954947521186016_5077528100121605887_n
Sumber: Facebook Bruce Tan Sia Chian
1606995_940182065995895_3525985102097271478_n
Sumber: Facebook Bruce Tan Sia Chian

Pada September 2015, Bruce memulakan langkah untuk bersenam dan menurunkan berat badan secara sihat. Pada bulan pertama, beliau berjaya menurunkan 8kg dan beratnya dari 120kg turun ke 112kg. Kini, beliau sedang mempersiapkan diri untuk menyertai Ironman Malaysia di Langkawi bulan Oktober ni.

65450920_2826415507372532_3060569943960453120_n
Sumber: Facebook Bruce Tan Sia Chian
59679617_2721592097854874_2781494363614609408_n
Sumber: Facebook Bruce Tan Sia Chian

Kejayaannya tersebut hasil daripada beliau nekad mengamalkan diet yang ketat dan seimbang. Beliau hanya makan oat untuk sarapan pagi manakala karbo tidak dibenarkan untuk makan malam. Selain itu, beliau juga kurangkan daripada makan makanan berminyak.

Tidak mudah sebenarnya untuk terus optimis menurunkan berat badan secara sihat. Tiada ‘jalan mudah’ untuk anda mendapatkan apa yang anda inginkan, tetapi anda haruslah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan ia.

Jadi bagaimana? Anda rasa terinspirasi dengan kisah Bruce ini? Jangan lupa klik pautan di bawah untuk dapatkan artikel yang boleh memberikan inspirasi kepada anda.

Pernah Diejek Bulat Macam Doraemon, Saya Nekad Turunkan Berat Badan

Sakit Belakang Kerana Obesiti, Aku Nekad Lakukan Ini Untuk Turunkan Berat Badan

Inilah 7 Senaman Ringkas Yang Lelaki Ini Lakukan Hingga Berjaya Turunkan Berat Badan 40Kg

Sumber