Memiliki telefon pintar jenama Apple merupakan salah satu status quo yang sangat dipandang tinggi oleh masyarakat pada hari ini.
Ramai yang sanggup berbuat apa sahaja untuk memakai telefon pintar tersebut, termasuklah mencuri.
Baca Juga:
- Wanita Ini Bertukar Emosi Teruja Jadi Bengang Tak Dapat iPhone Seperti Dijanjikan Aisar Khaled
- Jatuh Dari Ketinggian 16,000 Kaki, iPhone 14 Pro Ditemui Masih Berfungsi Dan Selamat
- Pencuri Ini Dedahkan Cara Memecah Masuk iPhone Pengguna Sepantas 10 Saat Sahaja
Baru-baru ini tular satu klip video menunjukkan seorang lelaki berkopiah mencuri dua buah iPhone di sebuah pasaraya di USJ.
Tak berbaloi langsung nk masuk lokap sbb curi iphone. pic.twitter.com/n143vI4rqG
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) March 20, 2024
Menerusi video yang dirakam menerusi CCTV yang ada di kawasan kaunter, lelaki tersebut berpura-pura menjadi pelanggan.
Selama hampir dua minit dia bertanya bermacam-macam soalan kepada pekerja kedai tersebut.
Sehinggalah dia mahu membuat ‘pembayaran’, ketika pekerja di kaunter leka, lelaki berkopiah itu segera menyambar kedua-dua iPhone di hadapannya lalu melarikan diri.
Hantaran video itu telah mendapat pelbagai reaksi warganet. Ramai menyatakan walaupun ‘syaitan’ telah diikat, masih banyak lagi ‘syaitan bertopengkan manusia’ merayau-rayau ketika bulan Ramadan ini.
Hahah muka ko da terang2 kat cctv. Iphone 2 biji ko lari laju sgt la tu. bulan ramadan ni. Setan pun da tak d da mmg diri dia yg setan. Tak leh ke jd baik kumpul duit nnt beli la jgn la mencuri cmni. Dosa tau.
— Zahira (@Xerralala) March 21, 2024
die tak terpikir ade cctv ke..??🤣🤣🤣selera tajam nk iphone..
— Muzzamil🇲🇾 (@_mzmlzmi) March 20, 2024
Pada masa sama netizen turut menyelar tindakan lelaki itu memakai kopiah membuatkan orang ramai memandang serong terhadap orang muslim yang lain.
Dalam pada itu, orang ramai menyatakan pasti tindakan lelaki itu berakhir sia-sia kerana Apple itu mempunyai fungsi untuk mengunci iPhone mereka sekiranya berlaku insiden seperti itu.