Sejak tular lagu-lagu GISB Holdings (GISBH) di pelbagai platform media sosial, ramai yang ikut ‘ternyanyi’ secara spontan.
Baru-baru ini Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad menasihatkan orang ramai supaya tidak terikut-ikut dengan lirik lagu tersebut, lapor Berita Harian.
Baca Juga:
- Pencipta Lagu Abuya Skibidi Nafi Ada Kaitan Dengan GISBH
- Trend TikTok ‘Pasar Ikhwan Di Putrajaya’ Sampai Afrika, Tarik Perhatian Rakyat Malaysia
- Jemaah GISBH Pernah Diajar Ilmu ‘Transfer Power’ Melalui Udara
“Lirik lagu ini umpama zikir kerana ia sudah ada ketika pengasas pertubuhan Al-Arqam, Asaari Muhammad masih hidup dan kini parodi lagu berkenaan kembali tular di media sosial.
“Justeru saya menasihatkan supaya hentikannya segera kerana boleh memesongkan akidah,” katanya selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan dan Anugerah MBOR Penulisan 3 Juta Kalimah Allah di SMU(A) Bustanus Saadah, Morak, semalam.
Terdahulu, lagu popular ‘Pasar Ikhwan Di Putrajaya’ telah dinyanyikan semula oleh sekumpulan lelaki Afrika.
Sementara pencipta lagu parodi ke atas lagu asal itu membuat penafian tentang penglibatannya dengan kumpulan tersebut.