Sejak pagi tadi tular beberapa perkongsian gambar seorang pemuda yang dipenuhi dengan lumpur selepas difahamkan terselamat dalam kemalangan berhampiran berhampiran Jalan Lapangan Terbang Subang, Selangor.
Menurut perkongsian asal yang dikongsikan netizen di media sosial, beliau sebelum ini dipercayai telah kemalangan sehari sebelum dilaporkan dijumpai semalam. Bagaimanapun, menurut laporan di dada-dada akhbar tidak dinyatakan waktu sebenar kejadian berkenaan.
Walaupun keadaan keretanya dilihat mengalami kerosakan teruk dan remuk di bahagian atas serta terhumban ke dalam longkang besar, namun beliau dilaporkan terselamat sehingga berjaya mendapatkan bantuan.
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 6.30 petang semalam.

Kemalangan itu menurut pihak polis berlaku selepas kereta Proton Saga dipandu mangsa berusia 24 tahun itu terbabas ke dalam longkang besar di Bulatan Subang.
Mangsa memaklumkan kepada pihak polis telah keluar dari kenderannya dan berjalan sehingga 300 meter untuk mendapatkan bantuan di Pos Bantuan Malaysia Airport Berhad (MAB) berhampiran kawasan kemalangan.
Pemeriksaan awal di lokasi kejadian mendapati beliau hanya terseliuh tangan kiri dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Baca juga perkembangan semasa dalam dan luar negara yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah.
Selepas Pendakwah Selebriti, YouTuber Dengan Ratusan Ribu ‘Subscriber’ Pula Didakwa Mencabul
Dua Polis Di Kelantan Ditahan Selepas Disyaki Cabul Dan Peras Ugut Pasangan Kekasih
Gopoh Mahu Jadi Terawal, Pembeli Tertipu Dengan Iklan Jual ‘PS5’ Ini