Selain barangan asas, pakaian seharian juga antara salah satu sumbangan yang diperlukan oleh mangsa-mangsa banjir yang terkesan kerana dipercayai semua sudah dihanyutkan oleh air.
Bagaimanapun, ada segelintir individu seperti menangguk air yang keruh apabila menggunakan situasi genting ini hanya untuk melupuskan pakaian yang tidak diingini kepada mangsa banjir.
Perkara ini didedahkan sendiri oleh pempengaruh Khairul Aming yang pada ketika ini sedang giat mengerahkan kudratnya untuk membantu mangsa banjir dan sedia mengagihkan segala sumbangan yang diterima daripada orang ramai.
Bagaimanapun, KA telah membuat teguran apabila dia menerima sejumlah bungkusan baju yang dipercayai diberikan sebagai sumbangan namun majoritinya dalam keadaan yang sangat teruk sekaligus tidak sesuai untuk dipakai menerusinya.
“Jangan hantar barang macam ni tau! Kesian mangsa banjir. Ni yang kita terima pakaian penuh dengan telur lipas, yang penuh kulat, kulat kotor dengan air kencing tikus, yang kena gigitan tikus”, luahnya dengan nada kesal.
Dia menegaskan sekali lagi mengenai penghantaran keadaan pakaian sebegitu tidak sepatutnya diberikan serta tidak menjadikan ia sebagai tempat pelupusan sampah.
Kebimbangan yang diluahkan adalah kerana pakaian yang dicemari oleh pelbagai kuman boleh membahayakan warga setempat lebih-lebih lagi kanak-kanak kecil.
Kita pun sedia maklum kencing tikus mengandungi penyakit yang merbahaya dan lebih parah boleh mengundang kepada maut.
Bahkan, dia bersama pasukan perlu melakukan filtering terlebih dahulu kerana terlalu banyak pakaian yang tidak boleh digunakan berbanding yang dalam keadaan baik.
Tidak hanya pakaian, malah KA juga berkongsi lampin dewasa juga dalam keadaan berkulat sekaligus tidak selamat untuk digunakan lagi.
@its_me_milaaaa kita nak menolong orang, bukan memudaratkan orang. sape2 nk bagi bantuan boleh waze Luxury Garden wakaf mek Zainab Kota Bharu. KA perlukan volunteer lelaki dan keperluan makanan ubat-ubatan dan barang2 baby. #teambob #teamka #prayforpantaitimur #khairulaming
Tindakan sebegini sememangnya dilihat sebagai satu penganaiayaan dan tidak bermoral kerana memberi sumbangan dengan niat mahu melupuskan barangan atau pakaian yang tidak diingini.
“Kita nak tolong orang bukan nak memudaratkan orang lain”,tegasnya di pengakhiran video.