Bermula sebagai kenalan seterusnya kawan baik, hubungan cinta penyanyi Shila Amzah beserta influencer media sosial, Ubai MZ kini bukan rahsia lagi menerusi pendedahan terbaru yang dibuat menerusi TikTok Live.

Mengulas lebih lanjut, Ubai dan Shila memamklumkan mereka tidak lagi single yang sekaligus menjawab segala desas desus daripada netizen sebelum ini selepas dilihat mesra sewaktu TikTok Live.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

@ubaimz

Ada apa dengan cinta? #fypシ #tiktokmalaysia

♬ original sound – Ubai Mz – Ubai Mz

“Sha adalah orang yang sangat faham saya. Saya ini minat dia daripada saya sekolah. Daripada saya panggil dia Kak Sha, lepas tu saya panggil dia Sha. Lepas tu tiba-tiba kami together” ulas Ubai yang menyukai Shila Amzah sejak dari usia 13 tahun sebagai seorang peminat.

Difahamkan Ubai yang kini berusia 25 tahun mulai mendekati Shila Amzah ketika penyanyi itu berada dalam fasa sukar kehidupan akibat penceraian yang dilalui.

“Saya sudah mengenali Shila pada tahun 2011 tapi hubungan kami bertambah akrab sekitar 2014. Pada tahun lepas saya mula mendekati Shila sewaktu dia berada di fasa yang sangat-sangat bawah.

Dia baru lepas cerai. Dia tak ada sesiapa pada masa itu. Saya pun mendekati dia pada waktu tu dan ada untuk dia waktu dia susah dan sedih” jelas Ubai kepada netizen.

Ibu bapa dan adik-beradik Shila selesa dengan Ubai

Shila Amzah mendedahkan sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan seorang lelaki yang lebih berusia namun hubungan tersebut tidak kesampaian. Penyanyi berusia 33 tahun ini turut mengakui selesa berkawan dengan Ubai.

Lebih menarik, Shila memaklumkan hubungan beliau bersama Ubai turut mendapat restu ahli keluarganya.

“Ibu bapa dan adik-beradik saya okay dengan Ubai. Jangan cakap hubungan ini tidak direstui sebab sebelum itu, mungkin ada sebab jika orang tidak sukakan? Tetapi, untuk kali ini saya boleh buat keputusan sendiri, jadi jangan risau.” jelas Shila Amzah.

Shila dan Ubai mendedahkan mengenai status hubungan dan perkenalan mereka yang selama ini menjadi persoalan netizen. Malah menerusi siaran langsung itu, Shila beberapa kali dilihat memanggil Ubai dengan panggilan sayang.