Chef selebriti Datuk Redzuan Ismail, a.k.a. Chef Wan, berkongsi bahawa beliau mengutamakan kerja amal dengan berkongsi kekayaannya bersama ahli keluarga dan golongan kurang berkemampuan.

Perkara itu dikongsikan menerusi satu temu bual bersama Maskulim.

Baca Juga:

Selepas pemergian ibunya, Noraini Abdullah, awal tahun lalu, dia berharap dapat menjaga orang sekeliling.

Dalam video TikTok baru-baru ini, personaliti berusia 66 tahun itu berkata beliau memberikan elaun wang sehingga RM3,000 kepada adik-beradik dan bekas isterinya.

@maskulinmy

Dilimpahi dengan rezeki yang mencurah-curah membuatkan Datuk Redzuawan Ismail, atau lebih mesra disapa Chef Wan untuk saling berkongsi rezeki dengan keluarga serta orang-orang yang memerlukan. chefwan maskulin majalahmaskulin

♬ original sound – Maskulin – Maskulin

“Saya bagi elaun kepada semua adik-beradik saya, boleh tanya mereka. Seorang RM3,000, seorang lagi RM2,000, macam duit pencen. Saya jaga semua adik-beradik saya.

“Bekas isteri saya, semua orang dapat (duit elaun). Selepas ibu saya meninggal dunia,” katanya.

Tambahnya lagi, beliau mengajak orang ramai untuk berderma sebanyak mungkin buat pihak-pihak yang lebih memerlukan.

“Saya sangat seimbang. Money is money. Tadi chef saya pun cakap untuk kanser, ‘banyak chef yang derma dana tahun ni’ saya jawab, ‘tak apa, untuk sedekah’.

“Mari kita mati dalam keadaan miskin. Biarlah kita kurang harta tetapi melakukan lebih banyak kerja-kerja amal.

“Lebih baik wang itu disalurkan ke arah kebajikan, kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

“Seperti mereka yang bermasalah, orang cacat, autisme, buta dan rumah orang tua,” katanya.