Tular sebuah video berdurasi 12 saat di mana sekumpulan penunggang basikal tenang berbasikal ditengah-tengah jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.
Video yang dimuat naik oleh @myjoe_ telah menarik perhatian netizen yang ternyata berang dengan tingkah laku mereka.
Baca Juga:
- Kes Pemandu Kereta Pukul Penunggang Basikal, Suspek Dakwa Mangsa Mulakan Pergaduhan Dahulu
- Lelaki Ini Luah Kekecewaan Terhadap Penunggang Basikal Yang Menyelit Secara Mengejut
“Kalau tak menang emas Olympic aku tak tahu nak kata apa. Ada waktu tadi makan satu lorong,” tulis pengguna Twitter itu di bahagian kapsyen.
Kalau tak menang emas Olympic aku x tahu lah nak kata apa. Ada waktu tadi makan satu lorong. pic.twitter.com/6isUKjYwO1
— MyJoe Store . com🇲🇾 (@myjoe_) May 4, 2023
Di dalam video tersebut, kelihatan sekumpulan penunggang basikal menunggang ditengah-tengah jalan raya yang sibuk.
Tidak pasti di jalan raya yang mana, tetapi tindakan mereka ini boleh membahayakan pengguna yang lain kerana jalan raya tersebut sibuk dengan pelbagai jenis kenderaan.
Video berdurasi pendek itu telah ditonton lebih 100,000 kali dan menarik pelbagai komen netizen yang mengecam tindakan mereka.
Terpaling training
— JA (@jafdzalmalek) May 4, 2023
Pedulikan hobi mahal, kalau nampak hon kan aje. Hobi mahal tapi akal murah pun susah jugak. Kalau dah bersepah salahkan orang pulak nanti.
— Hamka Wahid (@NurHakimz) May 4, 2023
@PDRMsia tolong ambil tindakan, biasanya kalau atlet Malaysia training mesti ada pengiring ni tengok macam takde. Dah banyak kali dah geng basikal main dekat highway ni
— ndzrl (@ndzrlfikri_) May 4, 2023
Aku yg ride dekat area kg pun duk hujung jalan, risau kalau ada orang marah halang laluan, mana dorang dapat jiwa kental (EGO) mcm ni?
— Al Bahrainn Fitri ❄️ (@JemahAnakTok) May 4, 2023
Peringatan kepada penunggang basikal di Malaysia, jika anda tidak mahu dilanggar oleh lori atau kereta mahupun bas, sila pastikan anda menunggang basikal sambil membawa otak.
Jangan tinggalkan otak anda di rumah seperti mereka yang ada di dalam video tersebut.