Segelintir penyokong Manchester United kecewa tindakan bintang pasukan mereka yang mengacungkan jari tengah ke arah mereka.

Dalam satu video yang dikongsikan, peminat menyantuni pemain pemain Manchester United dan teruja melihat mereka lalu.

Namun apa yang mengejutkan, bintang Man United, Amad Diallo tiba tiba menunjukkan isyarat jari tengah kepada mereka.

@indiapakdee710

Amad Diallo บอกรักแฟนบอล indiapakdee Amaddiallo แมนยู แมนยูไนเต็ด fypシ゚ ฟีด

♬ Shake It To The Max (FLY) (Remix) – MOLIY & Skillibeng & Shenseea

Tindakan itu benar benar mengejutkan. Terutama sekali melibatkan Amad Diallo yang dikenali sebagai pemain yang sopan.

MG Holydiver menulis: “Penyokong menunjukkan sokongan dan keterujaan – respon sebegini sangat biadap.

“Pemain pemain Manchester United harus mewakili kelab dengan profesionalisme. Harap isu ini digariskan.”

Ada juga yang menyatakan bahawa Amad Diallo harus belajar daripada pemain pemain legenda Man United.

Patrice Evra pernah menceritakan di mana dalam satu kejadian, pemain pemain Man United keletihan selepas aksi pra musim. Mereka terus naik ke dalam bas tanpa beramah mesra atau melayan peminat.

“Sebelum naik ke dalam bas, kami sangat letih. Jujur saya katakan, memang ada peminat beratur nak bermesra dengan kami.

“Pemain pemain masa itu,  tengok oh, pemain lain tak turunkan autograf, dia tak tandatangan autograf – dan semua orang tak tandatangan autograf.”

“Jadi semua orang terus naik ke dalam bas. Dari tingkap bas kami melihat Sir Alex Ferguson pergi ke arah peminat dan menandatangani autograf.

“Saya sumpah, ianya mengambil masa dalam 45 minit untuk bos tandatangan autograf. Dia sign autograf semua orang. Dan pemain lain berkata: ‘Kawan, apabila bos naik dalam bas ini, habislah kita’.

“Bos naik ke dalam bas, dan dia terus bagi kami layanan hairdryer. Kamu semua ingat kamu tu siapa? Mereka itulah yang membayar gaji kamu. Mereka yang datang menyaksikan kamu beraksi.

“Sekarang semua orang turun dari bas ini dan sign sekarang. Dan kami pun sign autograf untuk semua peminat di situ. Itulah mentaliti.”

Manchester United melakukan jelajah selepas musim ke Asia sebagai cara untuk mendapatkan tambahan dana bagi kewangan kelab.

Salah satu sumber kewangan adalah menerusi pembelian tiket daripada peminat tegar kelab. Yang kekal menyokong Man United walaupun musim trophyless dan menamatkan liga di kelompok bawahan.

Jelas sekali pemain pemain mereka keletihan. Namun itu bukan alasan untuk tidak menghormati peminat mereka.

Dalam aksi Piala Cabaran Maybank 2025, Manchester United tewas di tangan ASEAN All Stars.

Ruben Amorim
Sumber Gambar: Asean Football