Walaupun kerajaan Malaysia telah menetapkan larangan keras terhadap kenderaan asing mengisi petrol RON95 yang disubsidi, masih ada segelintir pemilik kenderaan yang degil dan terus melanggar undang-undang.

Baru-baru ini, satu kejadian tular di media sosial apabila seorang pemilik BMW berdaftar Singapura dilihat mengisi petrol RON95 di sebuah stesen minyak di Tebrau, Johor.

Apa Yang Berlaku?

Dalam rakaman dashcam selama 50 saat yang dikongsi di Facebook ROADS.sg semalam, seorang lelaki dilihat menarik pam RON95 dan mengisikannya ke dalam BMW biru gelap miliknya.

RON95
Sumber: BERNAMA

Sepanjang proses itu, tiada sesiapa yang menegur atau menghalangnya.

Nasib baik, seorang pekerja stesen minyak memerhatikan perbuatan itu dan segera mendekati lelaki tersebut.

Pekerja itu menarik keluar pam petrol dan kelihatan berbincang dengan pemandu BMW, walaupun kandungan perbualan mereka tidak diketahui.

Kejadian ini dilaporkan berlaku pada hari Isnin, 7 April sekitar jam 3.50 petang.

Reaksi Netizen: “Malu!”

Tindakan lelaki itu mencetuskan kemarahan netizen Malaysia dan Singapura.

Ramai yang mengutuk sikapnya yang mengambil kesempatan ke atas petrol subsidi Malaysia, sedangkan dia mampu memiliki kereta mewah.

RON95
Sumber: Facebook ROAD.sg

“Bawa BMW tetapi nak save duit isi minyak,” tulis seorang netizen.

Ada juga netizen Singapura yang berasa malu dengan tindakan rakyat mereka, dengan ada yang mencadangkan agar pihak berkuasa Malaysia mengenakan denda terhadap lelaki tersebut.

Hukumannya? Boleh Jadi RM1 Juta atau Penjara!

Di Malaysia, isi RON95 untuk kenderaan asing adalah satu kesalahan serius.

RON95
Sumber: Facebook ROAD.sg

Menurut Akta Kawalan Bekalan 1961, pemilik kereta asing yang didapati mengisi RON95 boleh dikenakan denda maksimum RM1 juta, atau Penjara tidak lebih 3 tahun, atau kedua-dua sekali.

Bagi pemilik stesen minyak yang gagal mengawal aktiviti ini, mereka juga boleh didenda sehingga RM2 juta.