Sebelum ini, pernah dilaporkan bahawa Malaysia telah kehilangan kira-kira 500,000 rakyat berkemahiran tinggi dan berbakat dalam bidang profesional kerana mereka memilih untuk bekerja di luar negara sejak 40 tahun lalu. Pastinya bukan mudah untuk mengambil keputusan bekerja di luar negara jika mereka tidak ditawarkan manfaat yang banyak.
Terbaharu, tular di media sosial tangkap layar Insta Story Dr Amalina Che Bakri yang sedang sarat mengandung di trimester ketiga berkata bahawa dirinya mungkin akan mengambil cuti bersalin selama 10 bulan.
Baca Juga:
- Tidak Setuju Cuti Bersalin 90 Hari, Netizen Bidas Christy Ng
- 20 Langkah Cara Basuh Dan Tanam Uri Bayi Untuk Rujukan Para Ayah
- Ikuti Perkongsian Wanita Ini Bersalin Bagaikan Layanan Kelas Pertama Di Jepun
Wehhhhh kalau macam ni punya benefits aku pun takkan balik kerja kat malaysia, up to 1year maternity leave?!!!!! malaysia 3month ja weh 😫😫😫 pic.twitter.com/0gmWmElEWw
— ty (@tycatttttt) September 11, 2022
Menerusi perkongsian Dr Amalina, dia boleh mengambil masa selama setahun untuk cuti bersalin dan mendapat gaji penuh untuk satu hingga 5 bulan. Tambahnya, setiap tempat kerja dan organisasi mempunyai polisi yang berbeza.
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen Malaysia mengatakan sudah mulai faham mengapa banyak rakyat berkemahiran tinggi dan berbakat dalam bidang profesional memilih untuk bekerja di luar negara.
Kt Malaysia ni,cuti 2 bulan maternity pon bos perli2. Manyak syok aa cuti dpt gaji. 😑 https://t.co/RtdcW9stek
— Cik Sue (@jigokushoujo27) September 12, 2022
No surprise to be frank, western countries take care of their workers welfare more than asian countries. But yes it also depends on the companies and organisations https://t.co/WgKBt9NSRd
— Banana (@SeinThoughts_) September 12, 2022
Dekat Malaysia pun ada company MNC yang bagi maternity leave 4-5 months dari dulu. Now, akta dah revise, tak sure dia akan tambah sebulan lagi atau maintain.
Cuma tak banyak company buat macam ni, banyaknya 3 months only (before akta pekerja diubah). https://t.co/HVimlnOirK
— rick 🇲🇾 (@r1ckkkkkkkkkkkk) September 12, 2022
Ada orang cakap we have to talk about Tax first before we can have this kind of benefit, ok, lets talk about INCOME first! The govermnet can't tax us without the income! https://t.co/YC0LUfCeEh
— 🏴Yoyo Mak Arya🏴 (@aswaliaaa) September 12, 2022
Tidak hanya itu, segelintir netizen turut membandingkan dengan keadaan di Malaysia apabila menerima kritikan apabila mengambil cuti 2 bulan untuk cuti bersalin. Malah, para netizen mengatakan bahawa ada syarikat di Malaysia juga yang menawarkan cuti bersalin sehingga 5 bulan dengan gaji.
Justeru itu, rata-rata netizen mengatakan kesihatan dan kebajikan ibu yang ‘berperang’ melahirkan anak akan lebih baik jika diberi masa berehat secukupnya.