Umum mengetahui, fenomena unik yang berlaku setahun sekali iaitu laut surut di Pulau Pangkor membolehkan para pengunjung merentasi lautan dari Pantai Teluk Nipah ke Pulau Giam.
Terbaharu, seorang pengguna TikTok @md.rockk telah berkongsi sebuah video memaparkan keadaan ketika fenomena tersebut berlaku. Dapat dilihat menerusi video tersebut, para pengunjung berjalan merentasi lautan dengan berjalan kaki ke Pulau Giam sejauh 400 meter.
@captain.rockk
Fenomena air surut itu boleh digambarkan seperti laut terbelah hingga menampakkan beting pasir dan ia hanya berlaku pada Februari dan musim perayaan Tahun Baharu Cina, sekali gus menjadi tumpuan ramai dari dalam dan luar pulau itu.
Perkongsian video tersebut meraih perhatian orang ramai terutama sekali mereka yang tidak berkesempatan untuk ke Pulau Pangkor. Rata-rata netizen berasa terpegun melihat fenomena tersebut dan mahu merasai sendiri pengalaman merentasi lautan.
Bukan itu sahaja, para netizen turut meminta agar pemilik video untuk merakam dirinya merentas lautan agar mereka dapat merasai pengalaman tersebut walaupun hanya secara virtual. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 59 ribu tanda suka dan juga ditontoh lebih 700 ribu tontonan.
Malah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak akan sentiasa melakukan pemantauan di darat dan di laut bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku ketika fenomena air surut sepenuhnya di Pulau Pangkor yang menjadi tumpuan ramai.
Sementara itu, Taman Tema Genting SkyWorlds bakal dibuka minggu depan. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
Taman Tema Genting SkyWorlds Dibuka 8 Februari, Harga Tiket RM189
‘Dulu Hype Sekarang Terbengkalai’- Netizen Kecewa Lihat Keadaan Terkini Bandar Agacia Di Perak