Sejak Arwah Abam meninggal dunia, pelbagai konflik telah berlaku dalam keluarga ini khususnya melibatkan pelawak Ali Puteh dan juga kakak iparnya, Siti Norhidayah.
Empat tahun menjadi saksi, akhirnya dua keluarga ini bertemu semula selepas Ali Puteh berjaya melangsaikan bayaran saman berjumlah RM75,000 yang diperintahkan mahkamah kepada Norhidayah.
Baca Juga:
- Ali Puteh Sudah Langsaikan Hutang Hidayah Berjumlah RM75,000
- ‘Niat Mahu Selesaikan Hutang, Bukan Play Victim’-Ali Puteh Nak Jumpa Hidayah Segera
- ‘Kau Petik Bini Aku’ – Ali Puteh Berang Isteri Kena ‘Tegur’ Hanya Kerana Menangis Jual Kereta
Di sebalik penyerahan wang sebagai bukti wang saman telah dibayar, mata netizen nampaknya lebih tertumpu kepada ukhwah yang kembali terjalin selepas 4 tahun antara keluarga Ali Puteh bersama keluarga Norhidayah.
@aliputeh89 Dengan izin dari allah semua ini terjadi.. Insyaallah terus berjuang demi keluarga.. Setiap yg pahit pasti ada manisnya.. Janji allah itu pasti setiap ujiannya pasti ade hikmahnya.. Terus membesar anak anakku semua.. Hubungan saudara kite tidak akan terputus dan pasti kite pertahankan.. Insyaallah #syedsharifah #silaturrahim #teruskuatdemimereka
Lebih menyayat hati apabila Ali Puteh dengan penuh rasa rendah diri meminta izin untuk mencium Syed Uthman Hamzah selaku anak kepada arwah Abam.
Ali dengan nada sebak berkata, itulah kali pertama dia bertemu dengan Hamzah selepas empat tahun dan meminta izin untuk menciumnya.
Dalam hantaran terbaru di TikTok, pelawak berkenaan meluahkan rasa syukur dengan ujian Allah SWT. Ujar Ali kepada arwah ibu dan Abam, dia sudah menyelesaikan semuanya dengan baik.
‘InsyaAllah legasi Syed Syarifah kita tak akan terputus’ kongsi Ali Puteh menerusi TikTok rasmi beliau.
Selepas menjual hampir kesemua aset beliau, Ali Puteh bersama isterinya tekad untuk kembali bangkit dengan mengusahakan Sambal Petai menerusi platform media sosial.
Didoakan semoga ukhwah dua keluarga ini semakin erat sekaligus mengelakkan daripada berlaku konflik pada masa akan datang.