Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor memberi tanggapan mengenai bos Buriram United yang dilaporkan membaca jampi di Stadium Sultan Ibrahim.
Tular di laman media sosial video yang menunjukkan bos Buriram United, Newin Chidchob yang kelihatan membaca jampi sebelum aksi peringkat 16 pasukan terakhir saingan AFC Champions League (ACL), Elite antara kedua-dua pasukan.
Baca Juga:
- ‘Kewangan Buriram United Jauh Lebih Kukuh’ – Tunku Mahkota Ismail
- Tunku Ismail Dedah Mengapa JDT Berpisah Dengan Esteban Solari
- Tunku Mahkota Ismail Dedah Dua Kelab ‘Legend’ Tiada Musim Hadapan
Tunku Mahkota Ismail Tak Ambil Kisah Bos Buriram United
Dalam satu soal jawab bersama penyokong JDT di Pusat Latihan JDT di Padang Seri Gelam baru-baru ini, Tunku Ismail berkata beliau tidak terlalu memberi perhatian kepada perbuatan Newin.

“Saya pun tak tahu undang-undang AFC. Setahu saya setiap negara ada undang-undang masing-masing, apa yang boleh dan apa yang tak boleh tapi diperingkat AFC saya tak tahu.
“Tapi kalau saya tak bolehlah, tapi apa yang dia nak buat apa ikut suka hati dia lah.
“Kalau apa yang dia buat itu (jampi) betul hebat dia dah jadi juara Asia lima kali dah. Yang penting yang menentukan macam mana pun segala perancangan Allah SWT.
“Saya tak tumpukan pada perkara itu, tapi bagi saya itu tak patutlah,” katanya.

Dalam masa yang sama, Tunku Mahkota Ismail memuji usaha Newin yang bersungguh-sungguh dalam memajukan Buriram United dan menjadi yang terbaik di Asia Tenggara.
“Saya ucapkan selamat maju jaya atas kejayaan mereka ke pusingan seterusnya. Saya menghormati kesungguhannya bersama kelabnya,” katanya.
Ketika sesi bersama peminat, Tunku Mahkota Ismail turut berkongsi cerita mengenai pemergian bekas ketua jurulatih pasukan iaitu Esteban Solari dan tahap kewangan antara Buriram dan JDT.