Peniaga festival makanan mendakwa mereka dibaling dengan botol cencaluk oleh penduduk pangsapuri.

Ini kerana penduduk di situ dipercayai protes dengan penganjuran festival makanan di tempat tersebut menyebabkan kesesakan di kawasan perumahan mereka dan menyukarkan mereka bergerak.

Menurut perkongsian seorang netizen di X, kawasan tersebut memang agak sesak dan ramai orang. Di mana penduduknya hampir 10,000.

Maka tidak hairanlah kalau ada segelintir penduduk yang marah dan membuat tindakan yang agresif. Kerana seharian berdepan tekanan tempat kerja, balik pula berdepan kesesakan dan sukar untuk berehat.

Peniaga tersebut akui mereka akur dan meminta maaf di atas kesulitan yang telah mereka timbulkan di kawasan tersebut. Dan difahamkan acara festival makanan tersebut terpaksa dihentikan.

Bukan sahaja dibaling cecaluk, mereka turut dibaling dengan botol, pisang dan batu. Tindakan tersebut mendedahkan peniaga dan pengunjung kepada risiko kecederaan serius jika terkena objek keras.

Netizen turut mendakwa kawasan tersebut memang ramai orang. Dan sangat sesak pada waktu puncak. Untuk mendapatkan parkir pun susah dan terpaksa parkir tepi jalan. Jadi mereka mencadangkan agar tidak menganjurkan sebarang festival makanan di kawasan tersebut lagi.

Mereka meminta penganjur lebih peka dengan situasi yang dialami peniaga dan penduduk di tempat tersebut. Kerana risau ada kejadian tidak diingini berlaku.

Yang lain berkata: “Kawasan kondo tempat aku, jangan kata berniaga, kau lepak buka pembesar suara besar besar pun diorang baling barang dari tingkat atas.”