Bruno Fernandes sedia tinggalkan Manchester United, jika kelab mahu menjualnya.
Bruno Fernandes yang merupakan kapten Manchester United, membuat kejutan kepada umum apabila membincangkan masa depannya secara terbuka. Dia malah membuka pintu kepada kelab untuk menjualnya jika mereka mahu.
Kapten Manchester United, Bruno Fernandes, menjadi tumpuan perbincangan selepas kekalahan 1-0 kepada Tottenham Hotspur dalam perlawanan akhir Liga Europa. Kekalahan ini bukan sahaja menafikan peluang United ke Liga Juara-Juara, malah menimbulkan spekulasi mengenai masa depan Fernandes di Old Trafford.
Bruno Fernandes sedia tinggalkan Manchester United
Fernandes, yang telah menyumbang 19 gol dan 15 bantuan musim ini, menyatakan kesediaannya untuk meninggalkan kelab jika pemergiannya dapat membantu pembinaan semula skuad oleh pengurus Ruben Amorim.
Namun, beliau juga menegaskan komitmennya untuk terus bersama United dan membantu kebangkitan kelab itu.
Kelab Arab Saudi, Al-Hilal, dilaporkan bersedia menawarkan yuran perpindahan sebanyak £115 juta juta serta gaji tahunan £65 juta semusim bersih tanpa cukai kepada Fernandes .
BREAKING: Saudi club Al Hilal are interested in signing Manchester United captain Bruno Fernandes 🚨 pic.twitter.com/Pk0uKdF0ll
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) May 22, 2025
Walau bagaimanapun, Amorim sebelum ini menegaskan bahawa Fernandes tidak akan dijual dan beliau adalah pemain penting dalam rancangan masa depan kelab.

Situasi kewangan United yang terjejas akibat kegagalan layak ke Liga Juara-Juara Eropah yang memaksa kelab mempertimbangkan penjualan beberapa pemain utama.
Namun, Fernandes tetap dianggap sebagai aset berharga yang sukar digantikan. Amorim dan pihak pengurusan kelab akan mengekalkan pemain berusia 30 tahun itu sebagai tonggak utama dalam usaha membina semula pasukan.
Analisis: Kelemahan Struktur Antara 5 Perkara Daripada Kekalahan United Di Tangan Spurs
Bruno Fernandes berkata: “Saya akan berada di sini sehingga kelab memberitahu saya bahawa sudah tiba masanya saya harus pergi. Jika kelab rasa, ianya adalah masa untuk berpisah, kerana mereka mahukan sedikit wang atau apa sahaja, saya terima.
“Bola sepak kadangkala memang seperti ini,” tegas kapten United, Bruno Fernandes sedia tinggalkan kelab itu jika keadaan membuatkannya demikian.
🚨 Bruno Fernandes: “I will be here until the club says to me that it’s time to go”.
“If the club thinks it’s time to part ways because they want to do some cash in or whatever, it’s what it is… and football sometimes is like this”. pic.twitter.com/rYUmVJ3ml4
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) May 22, 2025
Dengan kontrak yang masih berbaki hingga 2027, masa depan Fernandes di Manchester United masih menjadi tanda tanya.
Namun, komitmen beliau dan keyakinan pengurus terhadapnya menunjukkan bahawa beliau masih mempunyai peranan penting dalam usaha mengembialikan semula kegemilangan Manchester United.

Walaupun Bruno Fernandes terbuka tinggalkan Manchester United, peminat kelab itu pastinya tidak mahu perkara itu berlaku. Dia telah menjadi pemain terbaik kelab itu dan mungkin satu satunya yang dianggap benar benar berkelas dunia dalam pasukan United ketika ini.