Sungai Melaka adalah salah satu aset pelancongan penting untuk negeri tersebut. Namun tindakan seorang influcner ini benar benar mengecewakan netizen.
Niat seorang influencer dan usahawan mahu menunjukkan rasa marah ke atas barang fake bertukar menjadi tempat dia dikecam balik.
Usahawan tersebut telah memesan baju tiruan produknya. Dan kemudian melihat kualiti baju tiruan tersebut secara teperinci.
Ini termasuk rekaan font dan juga kualiti kain dan cetakan pada baju tersebut.
Dan kemudian dia telah membaling baju tiruan tersebut ke dalam Sungai Melaka.
Di ruangan komen netizen meminta Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah atau MBMB mengambil tindakan ke atas influencer tersebut yang jelas telah membuang sampah.
Campak baju dalam Sungai Melaka
Dia telah mencemarkan sungai tersebut secara terang terangan. Dia menganggap baku fake itu sebagai sampah dan tempatnya adalah ‘di Sungai Melaka’.
Walaupun ada pengikut usahawan itu menyatakan bahawa ushawan itu pastinya akan mengambil balik sampah tersebut.
“Takkan terang terang nak cemarkan sungai, siap buat video,” kata pengikut yang mempertahankan tindakan usahawan tersebut.
Yang lain tetap tidak berpuas hati dengan cara usahawan tersebut yang dianggap bukan sahaja mencemarkan sungai dan alam sekitar, namun tidak menghormati kerja orang lain yang mencuci membersihkan Sungai Melaka demi saujana mata pelancong.
Mereka mempersoalkan sama ada usahawan tersebut memang suka buang sampah dalam sungai? Dan ada juga yang menyatakan: “Yang bijak pandai buang dalam sungai itu apahal? Macam tu nak suruh orang beli barang kau.”
Netizen turut yakin usahawan tersebut pasti ada melihat papan tanda di sekitar sungai tersebut yang memberikan peringatan agar sentiasa menjaga kebersihan sungai.
Dan yang lain menambah: “Kau jangan bagi malu orang Melaka bang.”
@akudesignofficial Harap korang jangan tertipu👊🏻#akudesign #localbrand #fakeitems
Dan komen netizen di hantaran tersebut semakin ramai yang kecewa dengan tindakan influencer itu.