Kecoh baru-baru ini apabila seorang usahawan, Madame Mariyah atau lebih dikenali sebagai Mak Cik Kemboja tular di media sosial apabila mendakwa kaum Melayu sebagai malas.

Meskipun permohonan maaf telah dibuat, orang ramai khususnya kaum Melayu ternyata berang dan terkesan dengan dakwaan yang dibuat.

Terbaharu, siapa sangka usahawan bergelar jutawan ini difahamkan bukan merupakan warga Kemboja seperti yang didakwa menerusi perkongsian daripada TikTok seorang individu ini.

Berdasarkan perkongsian, beliau yang merupakan warga Kemboja yang asli dan menetap di Malaysia mendedahkan asal usul Madame Mariyah dengan memaklumkan wanita tersebut bukan berasal dari Kemboja sebaliknya berasal dari Vietnam.

@ma_960430

♬ original sound – Secret privacy – Best update

“Saya tak nak cakap banyak saya cuma nak dedahkan mengenai kak Mariyah tu. Dia bukanlah berketurunan Kemboja tetapi dia berketurunan Cham Hanoi, Vietnam.

Memang keturunan dia tak ada tanah nak duduk dan memang tak ada negara. Asyik-asyik tumpang negara orang, buat hal. Sekarang rosak nama negara saya.” luah wanita ini.

Pendedah wanita Kemboja ini telah mengejutkan ramai serta menerima pelbagai respon di kalangan netizen. Malah, ramai netizen yang bersetuju wanita Kemboja selalunya dilihat lemah lembut dan bukannya seperti Madame Mariyah.

Sumber: TikTok @ma_960430
Sumber: TikTok @ma_960430

Perkongsian yang dibuat wanita ini dibuat berikutan terdapat segelintir individu yang mulai memandang serong terhadap beliau selepas insiden berkenaan sekaligus melabelkan negara beliau dengan pelbagai kata-kata kesat membuatkan beliau sukar mencari rezeki.