Memang tidak dinafikan, inisiatif pengeluaran wang dari Akaun 3 dapat meringankan beban dalam menjalani kehidupan seharian bagi mereka yang kurang berkemampuan.
Memetik laporan Berita Harian, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan telah mengutarakan pendapat berhubung keperluan mengkaji semula kebersanan pelaksanaan Akaun Fleksibel atau Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menurutnya, tindakan kerajaan mewujudkan Akaun Fleksibel atau Akaun 3 adalah tidak berkesan.
Difahamkan ramai yang mengeluarkan wang dari akaun fleksible bukanlah untuk kegunaan penting tetapi lebih banyak kepada aktiviti hobi semata-mata.
“Ramai yang mengeluarkan Akaun 3 ini bukan dari golongan susah sebaliknya untuk membiayai aktiviti mewah yang tidak diperlukan.
“Maksudnya dasar kerajaan untuk mewujudkan Akaun 3 tidak berjaya, tidak berkesan. Yang patut dilakukan adalah buat dasar pengeluaran yang secara bersasar,” katanya.
Wan Saiful berkata, beliau ada berjumpa dengan pencarum yang menunjukkan jumlah jutaan Ringgit di dalam akaun KWSP masing-masing.
“Seorang tu ada RM1.3 juta dan seorang lagi RM1.8 juta dalam akaun. Tapi yang ada RM1.3 juta tu kerja sebagai basuh pingan dan seorang lagi terlantar di hospital, tidak mampu bayar bil.
“Macam mana kita nak buat ini. Sebab itu penyelesaian kerajaan mewujudkan Akaun Felxible ini tidak berkesan,” katanya.
Wan Saiful mengakui bahawa simpanan untuk hari tua adalah sangat diperlukan.
“Tapi kalau nak tunggu hari tua pun tak boleh sebab hari ini tak mampu nak hidup. Rumah kena lelong…bil hospital tak mampu nak bayar, kena pinjam dekat Ah Long lagi.
“Mereka perlukan bantuan hari ini bukan tunggu sampai umur 50 atau 55 tahun baru nak keluarkan duit KWSP. Mana adilnya kalau kita paksa mereka untuk mohon bantuan sara hidup,” katanya.
Susulan itu, beliau menggesa kerajaan mempertimbangkan semula rayuan ribuan orang yang memohon pengeluaran secara bersasar pada ketika ini.