Pada hari semalam tular berita mengenai seorang murid perempuan berusia sembilan tahun maut selepas motosikal diboncengnya dilanggar treler sebelum digilis ketika perjalanan pulang dari sekolah di Kampung Telok Gong.

Kejadian tersebut telah menyebabkan orang awam di kawasan setempat tidak dapat mengawal diri terus bertindak memukul pemandu treler berusia 36 tahun sehingga mengalami kecederaan di bahagian muka.

Baca Juga:

Menurut TikTok isteri pemandu treler terbabit @_kakngahezza_, dia merasakan tindakan orang awam sangat keterlaluan sehingga mengakibatkan kecederaan kepada suaminya.

Suami Ezza bukan sahaja cedera di muka, malah treler dirosakkan, dompet dan dashcam yang ada di dalam treler itu turut dicuri oleh orang awam.

https://www.tiktok.com/@iskandar_mk/video/7213394110370172186?_r=1&_t=8asTJybyJdJ

Insiden kemalangan itu turut dirakam oleh kenderaan lain — mangsa bersama dengan adik lelakinya membonceng motosikal yang ditunggang oleh pengasuhnya. Menurut laporan, semasa kejadian ketiga-tiga mereka tidak memakai topi keledar.

Selepas keluar dari simpang menghala ke arah Teluk Gong, wanita itu dikatakan hilang kawalan ekoran jalan yang dilaluinya berpasir lalu menyebabkan ketiga-tiga mangsa terjatuh di atas jalan raya.

Pada masa yang sama, treler yang dipandu oleh suami Ezza dalam perjalanan ke Telok Gong tidak sempat mengelak lalu mangsa digilis tayar belakang treler dan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sumber Gambar: TikTok @_kakngahezza_
Sumber Gambar: TikTok @_kakngahezza_

Orang ramai yang sudah melihat rakaman video dashcam tersebut memberikan sokongan penuh kepada pemandu treler yang cedera itu. Netizen meminta Ezza mengambil tindakan undang-undang terhadap orang awam yang ‘membantai’ suaminya tanpa belas kasihan.

Dalam pada itu Ezza mengucapkan terima kasih kepada sahabat suaminya yang membantu urusan dari Hospital Klang ke Hospital Ipoh sehingga selesai. Dia juga berjanji akan menegakkan keadilan buat suaminya itu dengan bukti-bukti yang telah dikumpulkan.

Sumber