Pada hari semalam tular hantaran Facebook di mana sebuah kereta Mercedes Benz A200 milik pengasas jenama Choii bakal dilelong.

Pada ruangan komen hantaran itu, ramai menghentam pemilik jenama Choii itu.

Baca Juga:

Sehubungan dengan itu, pemilik Choii atau lebih dikenali sebagai Faris Azri tampil berkongsi kisah sebenar mengenai isu lelong kereta Mercedes tersebut.

Dalam satu video TikTok dimuat naiknya, dia menjelaskan kereta tersebut ditarik bukanlah kerana tidak membayar bulanan.

Sebaliknya, ia disebabkan masalah teknikal urusan auto-debit yang berkait dengan akaun bank syarikat. Faris menyatakan ada dua kereta yang dibayar auto-debit iaitu Mercedes Benz dan Toyota Alphard.

“Kereta ini selalu bayar auto-debit melalui akaun syarikat saya. Ketika ini akaun tersebut sudah disekat selepas duit masuk Singapura tempoh hari.

“Pihak Maybank ada telefon saya ketika itu, bagaimanapun saya tidak mengangkat panggilan tersebut kerana saya sedang berada di satu acara.

“Apabila pihak bank mendapati saya tidak angkat panggilan tersebut, duit yang masuk itu telah dianggap sebagai duit ‘money laundering‘. Jadi mereka sekat akaun bank syarikat saya,” kata Faris.

Dia sudah membuat permohonan untuk mengakitfkan semula akaun bank tersebut. Namun prosesnya mengambil masa sehingga 6 bulan lamanya.

@farisazrii_

betul ke kereta choii kena lelong ?

♬ original sound – farisazrii_ – farisazrii_

Dalam tempoh menunggu tersebut, Faris menyatakan dia terlupa bahawa akaun bank yang auto-debit untuk membayar kereta-keretanya itu telah disekat.

“Setiap bulan saya tidak peduli mengenai bayaran bulanan kereta kerana sudah tahu ia auto-debit.

“Tapi bila akaun kena sekat, saya tak tahu perkara itu terjadi (akaun disekat). Tiba-tiba kereta kena tarik.

“Saya terima panggilan bahawa kereta saya kena tarik sebab tidak bayar dalam tempoh 2 bulan 21 hari.

“Saya rancang untuk bayar dan ambil semula kereta tersebut keesokkan harinya. Bagaimanapun oleh sebab sibuk dengan pelbagai perkara, tahu-tahu kereta tersebut sudah kena lelong,” terang Faris lagi.

Menurutnya kereta Mercedes Choii itu sudah pun diambil dan sudah berada di tangannya semula.

“Kepada yang melontarkan kata-kata kesat kepada saya, terima kasih banyak-banyak.

“Yang mana terus beri sokongan, thank you for your support,kata Faris.