Honda Civic Type R sememangnya salah satu model kebanggaan jenama Jepun tersebut.

Selari dengan perkembangan EV hari ini, model sportcar itu tidak terlepas daripada menjadi ‘sasaran’ untuk dikuasakan dengan motor elektrik juga.

Baca Juga:

Bagaimanapun Ketua Pusat Pembangunan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) Honda, Toshihiro Akiwa menyatakan ia bukanlah satu proses yang mudah, lapor Auto Express.

Honda Civic Type R bukan sekadar kuasa
Ketua Jabatan Honda Akui Cabaran Bina 'Civic Type R EV' Yang Menyeronokkan
Sumber Gambar: Honda

“Bateri dan motor mempunyai ciri-ciri yang berbeza, jadi kami tidak boleh menghasilkan sesuatu yang sama seperti sebelum ini.

“Sebagai sebuah EV, bagaimana kami boleh memberikan keseronokan dalam pemanduan? Sudah tentu kami tidak berputus asa, tetapi ia bukan sekadar mengenai kuasa.

“Ia berkaitan dengan bunyi, getaran, pecutan, dan pengalaman manusia. Inilah keseronokan dalam pemanduan,” jelas Toshihiro Akiwa.

Ketua Jabatan Honda Akui Cabaran Bina 'Civic Type R EV' Yang Menyeronokkan
Sumber Gambar: Honda

Honda Civic Type R yang dipadankan secara eksklusif transmisi manual 6-kelajuan terus mengekalkan legasinya sebagai hatchback berprestasi tinggi, menggabungkan kegunaan harian dengan keupayaan berlumba di dalam litar.

Oleh kerana itu Honda memberi tumpuan dalam memastikan bahawa sebarang EV masa depan yang membawa lambang Type R memenuhi standard tinggi prestasi dan keseronokan pemanduan yang diharapkan oleh para peminat.

Honda sedang berusaha bersungguh-sungguh ke arah menghasilkan Civic Type R elektrik, dengan matlamat untuk mengatasi cabaran yang wujud dalam menterjemahkan pengalaman pemanduan mendalam daripada model tradisional ke dalam dunia elektrik.

Andaikata model tersebut hadir dalam versi EV, ia pasti akan menjadi bualan dunia. Serta menarik para peminat untuk merasai sendiri pengalaman memandu hatchback berprestasi itu.

Nissan juga sudah berjaya menghasilkan kereta berprestasi mereka kepada transmisi EV. Model Godzilla retro-moden, Skyline R32 EV telah dipelihatkan kepada orang ramai semasa Tokyo Auto Salon baru-baru ini.

Sumber