Pelik tapi benar. Penduduk di Seoul, Korea Selatan kini boleh cas handphone mereka di tepi sungai saja.
Ini kerana tempat cas handphone dan tablet telah di bina oleh kerajaan Korea Selatan di bandaraya tersebut.
Setakat ini terdapat 5 pusat pengecasan di tepi Sungai Cheonggyecheon, Seoul. Pusat pengecasan ini menjana hidroelektrik dari aliran air sungai dan dapat mengecas kebanyakan handphone dan tablet sehingga penuh dalam masa 3 jam.
Jika pusat pengecasan ini mendapat sambutan, lebih banyak lagi pusat yang sama akan di bina oleh kerajaan negara itu.
Nampaknya Korea Selatan telah berjaya mengorak langkah setapak lagi dalam memanipulasi sistem hidroelektrik.
Biasanya sistem begini digunakan untuk menjana elektrik dalam kuantiti yang besar melalui pembinaan stesen hidroelektrik.
Kini mereka berjaya buat jalan pintas dengan cas terus ke handphone pula dalam skala yang lebih kecil dan kos yang lebih murah.
Jika satu hari nanti stesen begini ada di Malaysia, macam mana agaknya ye? Mungkin ayat ini akan jadi satu ayat yang biasa dan disebut setiap hari pula nanti – “jom pergi sungai!”
Ps : Bye-bye power bank (jika anda ke Korea) ;)
Like The Vocket di Facebook, klik sini!