Pembaca kami, Nur Azlen Sugito berkongsi beberapa frasa pendek yang boleh terus digunakan apabila berborak-borak dengan kawan-kawan berbangsa Cina.
BACA: 4 Cara Kuasai Bahasa Inggeris Semasa Travel
Easymandarin2u, adalah usaha beliau, seorang anak Melayu, mengajar Bahasa Mandarin kepada golongan dewasa dan murid-murid yang tidak bersekolah Cina.

Golongan yang zero Mandarin, kini boleh belajar bahasa ini menggunakan teknik sebutan pantas melalui frasa-frasa pendek yang diperkenalkan.

Bahasa yang diperkenalkan bukanlah Bahasa Mandarin aras tinggi, tetapi Bahasa Mandarin komunikasi yang digunakan dalam kehidupan kita sehari-hari.

Dalam Facebook page beliau, Nak Cakap Cina, Nur Azlen berkongsi beberapa photosharing dalam bentuk yang menarik.

Di antara photosharing yang telah dikongsikan adalah kata-kata sapaan, kata ganti diri, komunikasi menjawab telefon, komunikasi di restoren dan di kedai, dan beberapa tajuk lagi yang menarik.

"Xia Wu Hao," buat anda yang membaca artikel ini pada waktu tengahari – saya pun sudah tahu guna Bahasa Mandarin!

Pandaikan diri anda berbahasa Mandarin melalui perkongsian-perkongsian percuma ini.

Bahasa Mandarin adalah bahasa yang agak kompleks untuk dipelajari, terutamanya untuk penutur Bahasa Melayu.

Walau bagaimanapun, dengan komitmen dan amalan harian ia sudah pasti boleh dikuasai.

Practice makes perfect…. Cuba bercakap dan bercakap, hafal dan hafal… Pasti anda boleh..

Mark Zuckerberg, pengasas Facebook yang pandai itu pun ambil masa minima 2 tahun untuk kuasai bahasa ini.

Tapi, yang paling best, Tahun Baru Cina dah dekat.

Kalau ada kawan yang ajak anda makan yee sang, bolehlah anda tunjuk skil baru ini.

Lepas kenyang, anda bolehlah ucap "Xie xie," kepada Tuan Rumah.

Dan puji, "Hen hao chi!"

BACA: Bila Lelaki India Lebih Memahami Tujuan Mempertahankan Bahasa Melayu