Bergurau biar kena tempatnya – inilah frasa yang biasa dikatakan kepada sesetengah orang yang suka bergurau tanpa mengira waktu dan tempat.
Seperti yang terjadi menerusi yang tular di media sosial, yang mana memperlihatkan sepasang pengantin sedang dalam sesi pengambaran di sebuah jambatan.
Seusai selesai menangkap gambar, seorang lelaki yang dipercayai jurugambar dengan selambanya menolak pengantin lelaki ke dalam sebuah saliran air tanpa sebarang persetujuan.
Kelihatan raut wajah pengantin lelaki yang terkejut ditolak dari belakang secara tiba-tiba.
cameraman ni pun, kot ye nak bergurau beragak lah juga. kesian lah kat owner baju pengantin tu. owner tu siap komen kata baju tu bukan boleh kena air. kalau cuci pun guna dry cleaning. buat naya kat orang je😭 pic.twitter.com/Uef8gnCAVz
— 𝕭𝖆𝖓𝖎 | (@rabbaniahmad_) January 19, 2025
Video yang dianggap sebagai gurauan itu bagaimanapun menerima kecaman teruk dari netizen dan rata-ratanya mengganggap ia sesuatu yang biadap serta tidak profesional di dalam etika kerja.


Dalam pada itu, menerusi satu tangkap layar yang dipercayai pemilik busana pengantin itu mengeluh dengan mempersoalkan mengapa si jurugambar sengaja menolak pengantin walhal baju dan aksesori yang dipakainya tidak boleh kena air.
“Kenapa abang cameraman buat macam tu. tu baju saya…rosak la tanjak basah gitu.. tanjak tak boleh kena air… aksesori tak boleh kena air. aksesori semua tu…Allahu..,” keluhnya.
Dalam pada itu, orang ramai turut meminta agar nama syarikat diberikan agar boleh diboikot kerana tidak berkelakuan profesional serta merosakkan busana pengantin tersebut.
Malah, ada yang meminta agar pemilik busana terbabit meminta ganti rugi kerana baju dan aksesori yang sudah terjejas ekoran gurauan itu.