Setiap pesanan yang dibuat menerusi platform dalam talian, sudah pastinya kita mengharapkan barangan yang dipesan diterima dalam keadaan yang baik tanpa sebarang kecacatan.
Terkadang, pihak penjual sudah berusaha sedaya upaya untuk membungkus barangan yang dipesan dengan baik namun tindakan segelintir individu yang bertanggungjawab bahagian penghantaran pula yang menjadi punca.
Baca Juga:
- Sekadar Tinggal Rangka, ‘Rumah’ Di Melaka Ini Sedia Dilelong Bermula Harga RM243,000
- Berang Crepe Habis Selepas 3 Jam Beratur, Pelanggan Bertindak Mahu Tumbuk Dan Maki Penjual
Menerusi perkongsian Twitter @twtbiy tular sebuah video yang memperlihatkan dengan jelas tindakan individu yang bertanggungajwab menghantar barangan pelanggan membuka sekaligus mendedahkan barangan yang dipesan pelanggan.
Berdasarkan video tersebut, dapat dilihat individu ini telah membuka parcel sekaligus menayangkan buah yang dipesan pelanggan menerusi Shopee.
Pendedahan video yang dibuat sekaligus menimbulkan rasa marah di kalangan netizen. Malah, para netizen turut memaklumkan sudah mendapat ‘jawapan’ mengapa sering menerima parcel dalam keadaan seakan sudah dibuka.
Sementara itu, terdapat netizen yang menghubungi pihak Shopee terus bagi mendapat jawapan di mana pihak Shopee turut memberi respon memaklumkan mereka sedang menyiasat perkara yang berlaku dan tindakan sewajarnya bakal diambil.