Sudah menjadi tanggungjawab buat para rider makanan untuk mengambil makanan daripada pihak pekedai lalu menghantarnya kepada pihak pelanggan dengan baik.
Malah pekerjaan rider yang semakin menular ini turut menjadi altenatif kepada orang ramai untuk mencari wang sampingan.
Baca Juga:
- Beroperasi Dari Apartment Tingkat 15, Hidangan ‘Ayam Kipuk’ Ini Berjaya Jadi Serbuan Rider Makanan
- Grab Beli Teksi Dengan Harga RM344 Juta, Lapor Sumber
Dalam pada itu, masih terdapat segelintir rider makanan yang seolah sengaja bertindak secara tidak bertanggungjawab dengan tugas mereka.
Menerusi video yang tular menerusi perkongsian Twitter @malaysiaviralll, dapat dilihat seorang rider makanan yang mengambil makanan daripada sebuah kedai lalu mencampak dan sepak makanan pelanggan tersebut.
takde mood nak kerja off je grab tu, takyah nak sepak2 makanan macam takde otak, kang kena banned kau juga meraban pic.twitter.com/55Rw0Kk69P
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) July 20, 2023
Menerusi video berkenaan, dapat dilihat pekerja kedai tersebut turut menegur tindakan biadap rider makanan yang seolah tidak menghormati rezeki sebelum diberikan kepada pihak pelanggan.
Selain itu, tindakannya yang mencampak dan menyepak makanan di lantai kedai tersebut turut memberi kesan kepada pekedai apabila diterima pihak pelanggan kelak.
Tindakannya yang dilihat biadap turut mendapat perhatian netizen yang turut sama berang melihatnya. Berikut merupakan respon netizen terhadap perlakuan rider makanan ini.
Banned je kalau perangai mcm ni, makanan disepak-sepak https://t.co/aYkPMeDuip
— apOtang_kUak (@faizalhasnan) July 20, 2023
https://twitter.com/frhnhnzri/status/1682177288652345344
ehhh yang kau sepak tu makanan orang nak makan lah jilakerrr, kau tak nak kerja kau berhenti! cari rezeki tapi biadab kena panah petir baru tau! hello @GrabMY trace this rider and sack him right away. he doesn’t deserve the job. https://t.co/jGccQNTMC2
— fazlyna🪐🕊️ (@aneem0118) July 20, 2023
Menerusi tinjauan netizen, rata-ratanya bersetuju agar pihak Grab segera mengambil tindakan dengan menghalang lelaki ini menjadi rider lagi.
Diharap situasi seperti ini tidak lagi berulang kerana sekaligus bakal menjatuhkan kredibiliti syarikat penghantar makanan dan juga menganggu rezeki para pekedai.