Setiap pelajar akan menerima dua lencana Jalur Gemilang percuma daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk digunakan semasa sesi persekolahan 2025/2026.
Langkah ini diambil selepas KPM mengumumkan pelaksanaan pemakaian berkenaan pada pakaian seragam pelajar di institusi pendidikan di bawah seliaannya, yang akan bermula secara berperingkat pada 21 April 2025, petik Berita Harian.
Baca Juga:
- Bahana ‘Persenda’ Jalur Gemilang, Netizen Malaysia Serang Akaun IG Pemain E-Sport Amerika Syarikat
- Penganjur Himpunan Jalur Gemilang Di Teluk Intan Disiasat
- ‘Warna Emas Jalur Gemilang Tidak Wajar Digunakan’ – Pakar Perlembagaan
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh KPM hari ini, inisiatif ini melibatkan semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, Kolej Matrikulasi, dan Institut Pendidikan Guru Malaysia.
Tujuan pelaksanaannya adalah untuk memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan pelajar dan warga pendidik.
“Inisiatif ini bertepatan dengan fungsi institusi pendidikan untuk menyemai rasa cinta akan negara dan menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda,” kata kenyataan itu.
Cara pakai Lencana Jalur Gemilang
KPM telah menyediakan Panduan Pemakaian Lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam pelajar di Institusi Pendidikan bawah KPM, yang disertakan bersama Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/2025 sebagai panduan tentang cara memakai tersebut pada pakaian seragam pelajar.
Berikut adalah cara-cara untuk memakai Lencana Jalur Gemilang mengikut pakaian para pelajar.




“KPM sentiasa komited dalam memupuk semangat patriotisme dalam diri semua warga KPM khususnya murid. Inisiatif ini juga diharap dapat mewujudkan pengetahuan dan kecintaan terhadap negara Malaysia dalam jiwa generasi muda kini.
“Oleh itu, Garis Panduan Pemakaian Lencana Jalur Gemilang pada Pakaian Seragam Murid di Institusi Pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia ini diharap dapat menjadi panduan dalam keseragaman pemakaian lencana Jalur Gemilang bagi pelaksanaan di institusi pendidikan,” kata KPM.