Real Madrid dilaporkan sedia untuk melepaskan Carlo Ancelotti dengan cara penuh hormat.
Jika sebelum ini Real Madrid dikatakan cuba berunding dengan Ancelotti untuk penamatan kontrak atas persetujuan bersama.
Kini kelab itu menawarkan pakej khas, di mana kelab akan membayar penuh baki kontraknya sehingga 2026 jika dia berundur pada akhir musim ini menurut laporan Relevo.
Carlo Ancelotti dan Real Madrid bakal berpisah secara baik
Carlo Ancelotti juga akan diberikan penghargaan khas dalam upacara perpisahan selepas perlawanan terakhir La Liga musim ini.
Ini kerana pencapaiannya sejak kembali semula ke Real Madrid beberapa tahun lalu, sangat luar biasa.
Dia ketika itu membantu membangkitkan semula Real Madrid yang berdepan krisis prestasi.

Selain itu pengurus asal Itali itu akan dilantik menjadi duta khas seumur hidup untuk kelab itu.
Carlo Ancelotti dalam pada masa yang sama sekali lagi dikaitkan dengan pasukan kebangsaan Brazil.
Dia dikatakan setuju dengan syarat yang ditawarkan oleh CBF kepadanya.
🚨🇧🇷 BREAKING: Carlo Ancelotti and Brazil have reached an agreement in principle for the Italian to become Seleçao head coach for the World Cup 2026.
Deal valid from June, NOT after Clubs World Cup.
Real Madrid and Ancelotti would part ways nicely with formal steps needed next. pic.twitter.com/w0KuNqvMEj
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) April 28, 2025
CBF dan Ancelotti pernah mencapai kesepakatan sebelum ini, tetapi pengurus itu memutuskan untuk terus kekal di Real Madrid setelah Xabi Alonso menyatakan dia terus kekal di Leverkusen.
Real Madrid kini kembali dikaitkan dengan Xabi Alonso selepas Jurgen Klopp menolak untuk meninggalkan jawatanya di Red Bulls.

Xabi Alonso memang calon pengurus masa depan Real Madrid. Namun sebelum ini pengendali Bayer Leverkusen itu memutuskan untuk terus kekal bersama pasukannya selepas menjuarai Bundesliga.
Xabi Alonso mungkin sudah sedia untuk menguruskan kelab yang jauh lebih besar selepas ini.
Florentino Perez adalah peminat tegar Xabi Alonso yang juga bekas pemain Real Madrid. Selain itu Real Madrid turut memantau pengurus Bournemouth, Andoni Iraola.