Carlo Ancelotti kekal tenang selepas dibelasah oleh Barcelona 0-4 di hadapan penyokong sendiri di Santiago Bernabeu.

Di malah melaungkan amaran kepada Barcelona bahawa Real Madrid sedang dalam landasan untuk memenangi UCL dan La Liga musim ini selepas kekalahan itu.

Barcelona mempamerkan satu lagi aksi luar biasa dengan mencetak 4 gol. Pada tengah minggu lalu mereka membantai Bayern Munich 4-1 di dalam kempen Liga Juara Juara Eropah.

Dan kali ini mereka membelasah pula musuh tradisi mereka, Real Madrid, 4-0 dalam aksi el clasico. Di mana ini juga merupakan el clasico pertama Kylian Mbappe.

Mbappe mendapat beberapa peluang gol namu  gagal disudahkan. Dia juga sempat meraikan golnya yang ternyata tidak diberikan pengadil kerana VAR.

Barcelona mengganas dengan 2 gol oleh Robert Lewandowski dan juga dua lagi gol sumbangan Lamine Yamal dan Raphinha.

Selepas tamat perlawanan Ancelotti memberitahu wartawan bahawa kali terakhir mereka dibelasah Barcelona 0-4, Real Madrid berjaya memenangi La Liga dan UCL.

“Kali terakhir  kami kalah 4-0 di tangan Barca, kami menjuarai La Liga dan Liga Juara Juara Eropah,” kata pengurus asal Itali itu.

Berlaku insiden panas di tepi padang selepas Raphinha mencetak gol keempat Barca. Ancelotti dan Flick dilihat bertikam lidah di tepi padang.

Ancelotti  menjelaskan bahawa dia bukannya bertegang urat dengan Flick, tetapi hanya memberitahu bahawa dia kecewa dengan cara staf Flick yang dianggap biadap meraikan gol tersebut berlebihan di hadapan kawasan teknikal Real Madrid.

“Saya tiada masalah dengan Flick, namun dengan stafnya. Mereka tidak ‘gentle’ meraikan gol seperti itu di hadapan kami. Dan Flick setuju dengan saya,” tegas Don Carlo.